30 November 2011

Hatiku~~


Assalammualaikum sahabat....

Hari ni Ana nak post something yang sama dengan situasi yang Ana rasa sekarang ni. Entri ni Ana ambil daripada wall sahabat Ana, Bidadari Besi.

Diam ketika marah,

senyum dalam masalah,
tenang ketika diuji,
redha dalam musibah....(^^,)

"tidak ada guna sedikit pun membalas api kemarahan orang lain dengan api, kerna dia tetap tidak akan mengerti melainkan dia berada di tempat kamu"

percayalah...indahnya menjadi orang yang sabar.
kerna apa? apabila kita menjadi marah & panas baran, orang sekeliling turut serta terkena tempiasnya.
tak caya? ;p
cuba duduk kat tepi unggun api, terasa tak bahang panasnya?

Jadilah selembut air supaya orang lain yang melihat menjadi setenang salju...(^^,)


p/s: Ya ALLAH lindungi aku daripada putus asa...Amin Ya Robbal Alamin...

29 November 2011

Sabarlah Wahai Hati.....





Assalammualaikum sahabat...( ',')


Pada entri kali ni, Ana nak kongsi sesuatu yang memang menarik minat Ana dan insyaALLAH ia akan memberi manfaat kepada sahabat jua.


10 NASIHAT UNTUK ORG YANG BERCINTA



1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.


2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

...


3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.


4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.


5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.


6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.


7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.


8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.


9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.


10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.


Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain..


::copy dari wall IM Nazrul



p/s: ingin bercinta setelah halal =)

26 November 2011

1 Muharam 1433 / 27 November 2011 Awal Muharam/Maal Hijrah

Assalammualaikum sahabat Ana semua (@_@)

Pada entri kali ni, Ana nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada sahabat semua. Semoga sambutan Maal Hijrah tahun ni memberi seribu makna kepada sahabat semua.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwin Hijrah.

Namun begitu sahabat, hijrah yang Ana maksudkan bukan sahaja meliputi penghijrahan fizikal daripada satu tempat ke tempat yang baru (geografi), bahkan penghijrahan ni juga penghijrahan sifat, akal, dan keperibadian daripada satu titik ketinggian yang jauh lebih penting dan dituntut oleh agama.

Harapan Ana, semoga penghijrahan sahabat untuk melakukan penambahbaikan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Sama-sama la kita berhijrah untuk kebaikan di dunia mahupun akhirat, semoga kita sama-sama mendapat redha daripada ALLAH s.w.t.....Amin ya Robbal Alamin...

p/s: akan sentiasa memperbaiki diri..=)

19 November 2011

Sahabatku Jangan Merajuk


Assalammualaikum sahabat Ana semua.....


Ana harap sahabat semua bahagia dalam cahaya keimanan...InsyaALLAH...

Dah dekat 2 minggu lebih jugak la Ana tak masukkan pengisian dalam blog ni, tapi Ana tidak lupa untuk melawat blog ni setiap hari untuk melihat respon para sahabat...Alhamdulillah...ada saje kunjungan dari sahabat yang sudi melawat blog Ana. Syukran ye sahabatku.

Minggu ni adalah minggu yang sangat sibuk bagi diri Ana. Rasanya Ana tak ada kesempatan yang lapang untuk mencoretkan kata-kata dalam teratak ni la. Hari ni pun Ana tergerak hati untuk mengisi ruangan dalam teratak Ana ni secara tiba-tiba. Tu pun sebab tadi masa Ana mendengar lagu nasyid, kebetulan lagu yang arwah sahabat Ana tujukan pada Ana dimainkan dalam laptop Ana....Ya Allah, rindunya Ana pada arwah.

Bila dah teringat pada arwah sahabat Ana, tiba-tiba Ana baru teringat ada sahabat Ana yang merajuk dan merungut pada Ana dek kesibukan Ana yang terlampau. Memang, sejujurnya Ana memang seorang yang sibuk dari dulu sampai sekarang. Benarlah kata sahabat Ana yang Ana ni memang tak pernah berubah dari dulu lagi.

Satu je yang Ana pinta dari sahabat Ana iaitu "Sahabatku, jangan merajuk".....
Memang susah nak puaskan hati semua pihak...yang dapat Ana lakukan setakat ni hanya memegang pada nasihat Rasullullah s.a.w..."Diam itu lebih baik".

Sahabat, apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasa dan apa yang kita alami...tak ada siapa yang tahu melainkan kita dan ALLAH...Oleh itu, walaupun berat macam mana pun beban yang Ana rasa, biarlah Ana seorang yang pikul dan biarlah Ana simpan dalam hati, tak perlu menjaja kata-kata untuk mengharapkan simpati....hati Ana hanya ALLAH yang tahu, oleh itu hanya ALLAH tempat Ana mengadu dan bergantung harap.

Kepada sahabat Ana, jika sahabat ada terbaca coretan Ana ni....Ana cuma berharap sahabat Ana memahami diri Ana dan ingatlah Ana tak pernah pun dalam sehari melupakan sahabat Ana walaupun sesibuk mana diri ini. Hanya doa sesudah solat sahaja dapat Ana panjatkan kepada ALLAH s.w.t semoga sahabat Ana bahagia di dunia dan akhirat.

WASSALAM...

p/s: daripada sahabat yang sentiasa mengingati sahabatnya..=)

2 November 2011

Salam Aidilhadha dan Raya Korban

Assalammualaikum sahabat semua....

Malam ni Ana bertolak balik ke Terengganu sempena cuti Raya Aidiladha ni. Sebelum tu, Ana nak berkongsi serba sedikit dengan sahabat semua tentang Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai raya korban. Seminggu jugak la Ana bercuti di kampung tercinta,hehehe...Sebelum berpisah, Ana menyusun sepuluh jari jika ada tersilap bahasa atau cara sepanjang penulisan blog Ana ni. Terima kasih tidak terhingga kepada para sahabat yang sudi menyokong Ana. ALHAMDULILLAH...




Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.
Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).
Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.

Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

P/S:semoga bersua kembali seminggu akan datang..Wassalam..

1 November 2011

Comelnya Teman Hidup Manusia Ni

Assalammualaikum sahabat Ana,


Hari ni Ana sekadar nak berkongsi gambar kucing yang comel-comel dengan ragam masing-masing...semoga sahabat terhibur..




Hai berkung fu pulak


Tak baik taw buli-buli....Tuhan marah taw


"Banyakkan membaca ye kawan-kawan..."


"Kami sahabat sejati~~~"quwek3...


Ewah...menari pulak...


"Weekk..tak nak kawan ngan awak....."


Kasih ibu.


"Hai dah lama menunggu my larling nih,bila nak sampai nih,huhu"


"sape nak rasa penangan kaktus ni, tirulah saya,hohoho..


"pergh...sekali masuk,ramai je nak jd kawan kat fesbuk nih,haha"


"nak tumpang tak?"


"kite ada teddy jugak taw"


anak bapak.....


alahai...control machooo la plak dia nih...kus3..


"yang mana satu nih???....sama je sume"


"bukan saya yang tembak dia tuan"...


"jom p dating,mak dah lawa nih..awwww..'


alahai...comel nyer....


p/s:bangun tidur sambung balik makan...Zzzzzz...


"jangan jeles"...nyum3..


"jom kita berjihad ke jalan ALLAH ye sahabat"


"cuba teka siapa saya"???

"hok aloh,dok rok cetong...dok ingat doh ke ambe,

nok ngajuk ar gitu gak...ganu kiter tuh..hahaha..."


p/s: Penyu mesti ada,sebab terengganu tetap di hati..hehe..