30 Mac 2012

Jom Layan Gambar..

Assalammualaikum sahabat...

Pada jumaat yang tenang ni, Ana cuma nak postkan gambar2 sahaja sebagai tatapan sahabat pada entri kali ini. Jom rilek2 dan layan gambar-gambar kat bawah ni.('',)

Teacher call it cheating
We call it teamwork...

Jangan menilai pada luaran, banyak duit dia tu...

Agak2nya ni la cara spiderman tidur kot...

Big Surprise..haha.

contoh terbaik,gigih mencari rezeki halal..

Teknik rebonding yang menjimatkan wang anda..=)

Best friend forever~~

Jawapan yang bijak..

Kenangan masa muda2 dulu...


Semoga terhibur...

Wassalam...

29 Mac 2012

Diam Lebih Baik~~

Assalammualaikum sahabat Ana ('',)


Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).


Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : “Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: “Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh “ Ah!” terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? ”
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : “Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor”
(Riwayat Bukhari)

“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)


Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ‘diam’, usah gusar di label ‘budak yang pendiam’.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,
Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

“Diam-diam ubi berisi”
atau
“Diam-diam tong kosong”
atau
“diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?”

HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)

19 Mac 2012

Doa Untuk Saudara Kita Di SYRIA..

Assalammualaikum sahabat Ana...
Pasti sahabat semua sudah tahu tentang keaadaan saudara kita di syria. Keganasan demi keganasan yang berlaku kebanyakannya di negara ISLAM. ALLAH...semoga ALLAH S.W.T tabahkanlah hati hamba-hambanya yang menerima ujian yang getir ini.

Dunia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kekejaman dan tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Syria oleh rejim Bashar al-Assad. Fakta kekejaman rejim Bashar terhadap rakyat di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang rakyat, seramai 39,000 orang awam cedera dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa.

Kekejaman mereka lebih terserlah apabila mereka mencuri harta-harta rakyat, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.Hal ini berlaku hanya kerana rakyat menuntut kebebasan, keadilan, keamanan, demokrasi dan hak asasi.

ALLAH...hanya doa yang dapat dijadikan senjata umat ISLAM sekarang bagi menghentikan kekejaman yang dilakukan terhadapat saudara kami. So sahabat Ana sama-sama la kita berdoa sebagai hadiah terbaik kepada saudara sesama ISLAM kita disamping menyokong usaha dan menyumbang kepada Tabung Krisis Kemanusiaan Syria.





Biarkan gambar yang menceritakan segalanya...

WASSALAM...

p/s: sesungguhnya Malaysia bertuah buat masa sekarang..

11 Mac 2012

Ustazah Fatimah Syarha Idolaku~~~

Assalammualaikum sahabat...

Ustazah Fatimah Syarha,
Nama mu seindah peribadimu,
Tutur kata mu bisa memalingkan kelekaan seseorang,
Tatapan mata mu yang jernih dan wajahmu yang bersih,
Bisa menyejukkan hati2 yang menatapnya.


Alhamdulillah sahabat,
Bertempat di kolej keris mas ukm,bangi..
Untuk hari ini Ana sempat berjumpa dengan idola Ana,
Ibarat bulan jatuh ke riba, Ustazah Fatimah Syarha datang ke kolej penginapan Ana atas satu jemputan sebagai panelis pada hari ini bersama Iman Muda Najdi.

Walaupun sekejap peluang bersua muka dengan idola Ana, namun Ana sangat puas dengan pengisian yang telah diberikan oleh beliau dalam ceramah yang disampaikan. ALHAMDULILLAH...

Bersama moderator Noraini Jumahir yang agak lucu kadang-kadang, lebih2 lagi dijadikan mangsa gurauan idola Ana. Tidak lupa juga penerangan yang diberikan oleh Iman Muda Najdi melalui pandangan yang telah diberikan oleh beliau. Sebenarnya sudah beberapa kali Ustazah Fatimah Syarha datang ke UKM untuk perkongsian ilmu beliau, namun kekangan masa dan halangan yang tidak dapat dielakkan menjadikan ia seribu alasan bagi Ana berjumpa dan mendengar coretan yang akan disampaikan oleh beliau.

Namun pada hari ini alhamdulillah Ana sempat berjumpa dan bermesra dengan beliau. Ana kagum denga sikap mesra beliau dengan remaja yang ingin bergambar dengan beliau dan sikap sabar serta murah dengan senyuman. SUBHANALLAH...bersesuaian sangat dengan tajuk yang dibincangkan pada hari ini iaitu WE ARE BEAUTIFUL..
Berikut adalah gambar yang sempat Ana snap semasa sesi majlis ilmu yang dijalankan tadi..







Wassalam...

p/s: belum berkesempatan menbaca buku hasil nukilan Ustazah Fatimah Syarha: Sebarkan Cinta-Mu~~



8 Mac 2012

Ya ALLAH,Lindungi Aku Dari Putus Asa...


Assalammualaikum sahabat Ana...

Lama benar Ana tidak mencoretkan kata-kata dalam teratak ini. Alhamdulillah..pada hari ini, dengan izin daripada ALLAH s.w.t dapat juga Ana memasukkan entri yang terbaru.

Ya ALLAH, lindungi aku dari putus asa....

ALLAH...banyak betul dugaan yang datang dariMU, namun hanya kata-kata syukur yang mampu ku titipkan. Hanya satu perkataan yang dapat ku ucapkan, iaitu ALHAMDULILLAH...

Semoga ALLAH permudahkan urusan Ana dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan sebelum diiktiraf dengan segulung ijazah.

Sahabat Ana,

Syukran atas lawatan yang tidak putus ke blog Ana dan kata-kata semangat yang diberikan. Terima kasih di atas kesabaran dan sokongan sahabat yang selalu bertanyakan entri yang terbaru bagi teratak Ana ini. Namun Ana mohon maaf kerana tidak berkesempatan memasukkan entri yang terbaru kerana kesibukan yang melanda diri ini.



Kadang-kadang Ana berasa putus asa untuk meneruskan perjuangan yang diamanahkan oleh ibunda dan ayahanda Ana. Namun berkat doa dan sokongan yang tidak putus daripada mereka lah Ana bangkit untuk meneruskan perjuangan.

Kata abang Ana, tiada satu benda pun yang senang didunia ini melainkan dengan usaha yang kuat. Keputusan terletak ditangan kita untuk mencorakkan jalan yang akan kita hadapi pada masa hadapan. Semoga sahabat Ana yang sama-sama menempuh ujian yang sama dengan Ana gigih berusaha dengan jayanya. INSYAALLAH...

Sahabatku...
Semoga ALLAH s.w.t melindungi kita semua dari putus asa dengan dipermudahkan segala urusan yang akan kita tempuhi. Jika ujian yang melanda, hentikanlah rungutanmu wahai sahabat..ucapkanlah kata-kata hikmah ini iaitu ALHAMDULILLAH dengan penuh kesyukuran kerana sesungguhnya orang yang diberi ujian adalah orang yang beruntung.

Wassalam...

p/s: rindu sangat dengan sahabat Ana, pink..