26 April 2012

Dulu Dan Sekarang Tidak Sama

Assalammualaikum sahabat...

Sebenarnya coretan ini ikhlas ditujukan kepada sahabat yang rapat dengan Ana diperantauan.

Kenapa dulu dan sekarang tidak sama??
Sebab perubahan masa, masa boleh mengubah keadaan, masa boleh mengubah tingkahlaku seseorang dan masa juga boleh mengubah segala-galanya.

Terlebih dulu Ana ingin memohon maaf kepada semua sahabat yang semakin jauh Ana rasakan sekarang.

Di UKM sebanarnya mengajar erti persahabatan dalam diri Ana....bahkan di sini juga hati ini sering terluka dengan perilaku sahabat. Maaf Ana katakan, hampir semua sahabat yang terdekat dengan Ana, Ana rasakan masing-masing mementingkan diri sendiri. Ana mentioned sahabat, bukan kawan. Ana pun bukanlah baik sangat. Tapi jujur Ana katakan Ana betul-betul terkilan dengan dirimu sahabat.

Pada minggu ni saje, agak pelik...beberapa orang sahabat Ana mengatakan bahawa:

 "saya bukanlah sahabat yang baik"

Ana pun sama....bukan sahabat yang baik. Tapi yang pasti, Ana akan sentiasa mendoakan sahabat Ana walau dimana jua mereka berada.

Maaf kepada sahabatku atas perselisihan faham kita pada minggu-minggu ini. Maafkan Ana terutamanya sahabat sekolah dulu yang terlalu bimbangkan Ana dan kesihatan ini. Ana tidak tahu macam mana sahabatku mengetahui tentang kesulitan diri ini.


Kenapa dulu berbeza?

Kepada sahabatku di perantauan dan sahabat maya yang terasa dengan diri ini...Salam perkenalan untuk kali kedua. ('',)

Dulu, Ana rasa sangat bersyukur mendapat sahabat yang sangat baik masa disekolah. Sahabat yang Ana kenal sangat menyanyangi diri ini, terutama insan yang paling Ana sayang Serikandi Raihan. Jujur Ana katakan Ana seorang yang sangat mudah mengalirkan air mata. Kadang-kadang boleh dikatakan setiap minggu (terutama bila baca paper). Sahabat Ana suka bertanyakan pendapat Ana bagi sesuatu pekara yang memerlukan satu jawapan yang tulus. Mereka amat menyenangi kata-kata Ana yang terlalu jujur kerana Ana di didik sedemikian dari dulu lagi. Alhamdulillah....

Ana bukanlah seorang yang kuat dari segi kesihatan. Tapi yang pasti sepanjang tahun pengajian tingkatan 6 terutamanya Ana tida pernah ponteng kelas. Bagi Ana itu adalah satu kerugian dan masih cuba diteruskan di UKM, insyaALLAH. Ana terlalu bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang sangat baik dengan Ana dan terlalu mengambil berat akan diri ini. Walaupun Ana jauh dengan mereka, mereka sangat caring. Ada satu pekara yang Ana ketahui secara kebetulan adalah semasa perkahwinan kakak Ana, sahabat Ana datang ke rumah. Dan ayat pertama mereka tanya dan membuatkan Ana tersipu malu adalah " c.f nangis lagi ke?".....Ana wat2 tak dengar je. Lepas tiga kali pertanyaan baru la Ana balas n cakap dah kurang. Yang paling Ana terharu, mereka minta kawan mereka jagakan Ana kerana Ana keseorangan di sini kerana sahabat yang lain ramai dapat kat UPSI dan UUM. Alahai sahabatku..kerana mereka la membuatkan air mataku ini selalu mengalir kerana terharu.

Tapi sekarang lain,
Bila dah duduk dipantauan memang banyak dugaan. Sahabat yang kita jumpa dulu tak sama dengan sekarang dan tidak la sememahami sahabat yang telah masak dengan perangai kita. Jujur Ana katakan diperantauan, ukhuwah yang kita mahu jalinkan bukanlah sesenang ungkapan "ana uhibbuki fillah" je terus boleh menjadi sahabat. Sebanarnya bukan macam tu. Sahabat adalah susur galur yang perlu di dekati,di fahami dan ada pada masa susah dan senang. Kalau dulu air mata ini jatuh kerana terharunya dengan sahabatku namun kini bila berada ditempat dan sahabat yang baru, air mata yang tumpah adalah kerana kekecewaan. Jujur, bila berada disini, Ana tanamkan sikap buruk sikit, Ana cuba belajar untuk berbohong, kerana kejujuran disini acap kali disalah fahamkan. Kurangnya sahabat yang menegur dan memarahi diri ini kerana di sini masing-masing mempunyai kepentingan diri. Ana ibarat meroyan seorang diri je. So Ana akan cuba think positif sekarang ni dan abaikan orang yang tidak mahu pedulikan pasal kita. Bila kita disayangi maknanya kita telah memberi kasih sayang kepada mereka.

Namun begitu, Ana masih bersyukur kerana mempunyai satu-satunya sahabat yang Ana rasakan adalah terbaik sepanjang berada diperantauan ini. Bila Ana bercakap dengan beliau, tenangnya rasa dan mesti ada gelak ketawa yang wujud. Kesian dia dapat nama yang sangat panjang. Syukran sahabatku. Ana sekarang cuba menilai sahabat yang benar-benar layak untuk bergelar sahabat. Kerana ada satu kata-kata yang mengatakan bahawa, kawan senang dicari namun sahabat belum tentu seumur hidup mereka dapat menemuinya.

Ana berharap dengan penjelasan ini, sahabat Ana yang ada terasa hati dan terguris perasaan dengan tingkahlaku Ana harap dapat memaafkan diri ini. Sahabat untuk selamanya ~~~

p/s: Raihan kekal no 1 dalam hatiku...

Tiada ulasan: