29 April 2011

Selamat Tinggal~~~

Assalammualaikum Sahabat Ana....


Hari ni hari terakhir ana kat Ukm...
Exam pun dah habis.Sedih rasanya nak berpisah dengan sahabat.Bila la pulak ana ada masa nak masukkan isi nanti.Yelah bila dah balik kampung mesti dah sibuk sikit.Lebih2 lagi internet susah nak dapat.

Bertemu dan berpisah adalah ketetapan daripada ALLAH S.W.T...bila pulak kita akan bersua pun belum tentu,tapi ana akan cuba luangkan masa untuk mengisi coretan dalam blog ini.Sahabat ana doakan ana taw nanti,supaya perjalanan balik ana berjalan dengan lancar hendaknya.InsyaALLAH.

Terima kasih sahabat ana sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk melawat blog ana yang tidak seberapa.Sokongan para sahabat amat bermakna kepada diri ana bagi meneruskan coretan dalam blog ini.Sehingga bersua lagi.

Wassalam...

27 April 2011

Iman Manusia Tidak Sekuat Iman Seekor Semut...

ASSALAMMUALAIKUM Sahabat Ana...

Pada coretan hari ini ana nak ceritakan perbandingan antara 2 makhluk ciptaan ALLAH s.w.t, dimana satu itu adalah haiwan dan satu lagi adalah manusia. Haiwan tersebut adalah semut yang menjadi teladan kepada semua haiwan kerana sifat rajinnya.Tapi apa yang ana ingin ceritakan adalah Iman yang ada pada manusia tidak sekut iman seekor semut seperti tajuk diatas. Nak tahu citernya,kenalah baca yer sahabat sekalian.


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.

Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: ” Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”

Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.

Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.

Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiridan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.

Itulah Iman Semut !!!

Iman manusia ?

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”.

Jawab Imam Suffian:” Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah s.w.t. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Itulah iman manusia (kita) !!!….



..ikhsan seorang sahabat daripada alhafiz kassim...smoga
dirimu sentiasa dlm lindungan Allah swt..

WASSALAM...

26 April 2011

TETAP HATI..

Assalammualaikum sahabat Ana...

Hari ni Ana baru lepas exam Pembangunan Wanita dan Keluarga. Alhamdulillah ALLAH permudah jalan Ana dalam menjawab exam hari ni. Hari ni ana nak berkongsi satu cerita yang memang 'a good moral story la. Pasal tetapkan hati,macam exam juga la, jangan rasa was2 bila dah tahu jawapan tu betul,buat jer. Tapi yang ni storynya lain sikit.Tetapkan hati dalam memilih jalan ALLAH. Cerita ni ana jumpa masa semak mesej2 lama dalam facebook yang dihantar oleh page yang ana sertai. Sahabat baca lah yer dan renung2kan apa yang baik.


Seorang wanita sedang brlegar-legar di atas bumbung kondominiumnya iaitu kira2 40 tingkat.Dia sedang memikirkan sesuatu yg tidak boleh dfikir oleh pancaindera.

Sedang asyik mundar-mandir,kasut tumit tingginya patah lalu dia jatuh dari tingkat 40 trsebut..Dia meraung "Tolong!Tolong!Tolong!"...sampai di tingkat 30,seorang lelaki ala2 pelumba haram berjaya menyambut wanita itu..Lalu lelaki itu berkata"kau perlu tidur denganku'.wanita itu menolak keinginan lelaki tersebut lalu dilepaskan kembali wanita itu kebawah.

Wanita tersebut raung-raung"somebody help me!saya akan jatuh".tiba ditingkat 20,seorang lelaki warga asing iaitu jejaka Australia yg bekerja di Malaysia berjaya menyambut wanita tersebut.lalu wanita itu brkata "thanks a lot'...jejaka tersebut berkata "dont mention it..but you have to sleep with me",wanita tersebut terperanjat dan serta-merta terjun semula ke bawah...

Lain cerita di tingkat 10,seorang lelaki yang alim cuba menyelamatkan wanita tersebut dengan menyambutnya,belum pun lelaki tersebut menyambut,wanita tersebut berkata "aku sanggup tidur dengan mu".terkejut besar lelaki yang alim itu dan brkata "Masya Allah"....niat lelaki itu untk menyelamatkan perempuan itu 100% pudar...lalu jatuhlah perempuan itu ke bawah...tamatlah riwayatnya..

Pengajaran,jangan berputus asa dalam mncari orang yang baik...Insya Allah akan ditemui...Sahabat,renungilah kisah tadi dan janganlah jadi seperti wanita tersebut..."YA ALLAH,TEGUHKANLAH IMAN KAMI DAN TETAPKANLAH HATI KAMI...AMIN YA ROBBAL ALAMIN!!!!!!..."

WASSALAM @__@

24 April 2011

Syukran Ye Sahabat~~~


Assalammualaikum sahabat Ana sekalian,harap sihat walafiat hendaknya..

Hari ana rasa bahagia dan gembira sangat2 bila dapat chat dengan kawan masa sekolah menengah dulu.Baru jer semalam ana citer macam2 kat sahabat ana pasal ana kat sekolah menengah,tup3 ari ni dapat chat bukan main dengan diorang.
ALLAH...bahagianya ana rasakan hari ni.Memang jarang nak rasa happy macam ni dengan sahabat lama.Yelah kalau nak bandingkan dengan kehidupan di Universiti sekarang,kebanyakan orang sibuk dengan hal masing-masing.Nak cari sahabat yang sejati dan boleh diharapkan pun susah.Kawan masa senang ramai tapi masa susah....ALLAH!!!, memang betul2 susah.

Ana bersyukur sangat2 dikuriakan sahabat yang baik dan sporting,walaupun jauh dimata tapi dekat dihati,yelah ibarat bintang dilangit,kita dapat melihat sinarnya dari jauh tetapi tidak dapat mencapai or memegangnya,begitulah sahabat.Rindu sangat kat diorang semua.

Memang bahagiakan dapat sahabat yang sejati,kawan datang dan pergi tetapi sahabat setia disisi. ALHAMDULILLAH...ana bersyukur sangat2. Syukran ye sahabat ana kelas 6A2.Tapi tidak dilupa juga kepada sahabat ana yang berada di universiti, tidak semua mementingkan diri,tapi masih ada segelumit yang boleh dijadikan sahabat sejati di sini.InsyaALLAH.

Memetik kata2 yang dipostkan oleh kak Adau kat wall facebook dia,"Carilah teman yang 'sampai hati' menyatakan keburukan kita bukan menjaga hati kita dengan menyembunyikan segala keburukan kita. Berlatihlah untuk berterima kasih kepada orang yang menegur atau mengkritik kita walaupun teguran itu kasar dan tidak berhikmah bahkan jika kritikan itu datang dari orang yang terlalu muda berbanding kita sekalipun."Ana suka sangat kata2 tu..memang sesuai sangat2. Tapi sudahkah kita temui sahabat seperti ini???

Tanya diri anda...sekadar sedikit perkongsian dari lubuk hati ana untuk coretan hari ini.

Wassalam

23 April 2011

ADAT MENGUAP


Assalammualaikum sahabat Ana....

Untuk coretan kali ini,ana nak berkongsi sesuatu pekara yang dipandang remeh oleh kita semua selama ini.Mungkin sekarang pun ni pun sahabat mengalaminya iaitu menguap.Menguap pun ada adatnya ye sahabat.
ALLAHHU AKBAR

1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

Wanita , Kelapa & Mutiara


Assalammualaikum sahabat Ana,

Hari ana nak kongsi sikit kata-kata untuk para muslimah ...perbezaan antara kelapa dan mutiara,apakah pilihan sahabat?

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,

Ingatlah ada dua pilihan terbentang

Yang Pertama..

Kamu jadi seperti kelapa..

Mudah diperoleh..

Diparut..

Diperah..

Dan diambil santannya..

Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..

Kamu menjadi sebutir mutiara..

Berada di dasar lautan..

Tersimpan rapi..

Dilindungi kulit..

Bukan senang nak melihat....


p/s:Renung-renungkan sahabat @__@

WASSALAM...

21 April 2011

Waktu-Waktu Yang Di Haramkan Solat..

Assalammualaikum sahabat Ana...

Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana masih diberi umur yang panjang untuk menulis coretan pada laman Ana serikandi Buku.Ana cari,Ana Baca,Ana Kongsi...Alhamdulillah.

Sebenarnya pekara ni membuatkan ana confius buat sekian lamanya.Kisah ini bermula masa ana masih umur belasan tahun.Pagi tu nak exam,so lepas ana solat subuh ana nak solat sunat.Tapi kakak ana kata haram solat sunat selepas solat subuh.Ana pun pelik sebenarnya,yelah umur masih setahun jagung tak tahu apa2.Tapi bila tengok sahabat ana selalu jer solat sunat antara pukul 9 lbh or kadang2 10,11 pagi.Perasaan ingin tahu mula terbit dalam diri ana untuk menyelongkar tentang waktu2 yang diharamkan solat.


Perkara ini pernah disebutkan di dalam hadis :

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس

Maksudnya : Dari Abi Hurairah r.a :Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari.[hadis riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Dawud,Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad

Untuk rumusannya ia nukilan dari kitab At taqrirat as sadidah fi Al masail mufidah Syaikh Muhammad bin Ahmad Hasan Al Kaaf.cetakan Dar Al Mirath An Nabawi ms 192 -194 di dalam tajuk Al Auqat Allati Tahrumu Fiha As Solah

Waktu-waktu yang diharamkan solat

Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu-waktu yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan karahah tahrim[Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil]

Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan


Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu

1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)


Kadar tombak adalah 4 darjah

Satu darjah bersamaan 4 minit


2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.


Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit

Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit


3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.


Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan

1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari

2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari

Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:

1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:

a) Solat sunat ihram

b) Solat sunat istikharah

c) Solat sunat keluar dari rumah

d) Solat sunat musafir

e) Solat sunat Qatl

f) Solat sunat hajat


2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.

Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.

1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat

Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)

Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.

Hukum solat ketika khutbah jumaat

Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan dari solat tahiyat masjid yang tadi.

Wassalam..Semoga Perkongsian Ini Berharga kpd Sahabat Ana Serikandi Buku dan Diri Ana sendiri.Amin Ya Robbal Alamin..

20 April 2011

Sultan Muhammad al-Fateh(Sultan Mehmed....Anak Muda Menggegar Dunia)

Assalammualaikum sahabat Ana...

Diharap sihat sokmo dan bahagia didalam rahmat ALLAH SWT.
Hari ni ana nak berkongsi satu cerita yang menarik kepada para sahabat.Ana sangat tertarik dengan cerita yang ditag oleh sahabat ana di facebook.Kalau sahabat tengok videonya memang tertarik.Disini ana nak berkongsi serba sedikit tentang Anak Muda Menggegar Dunia iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh.


Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fateh kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fateh” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fateh menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta


Di bahagian laut, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Rujukan:
http://fatih1429.wordpress.com/2009/02/23/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/

http://arifin-aziz.blogspot.com/2009/03/novel-sejarah-sultan-muhammad-al-fateh.html


16 April 2011

BerSua KemBali


Assalammualaikum sahabat Ana....

Agak lama ana tidak mupdate blog ini..huhu..
Kesibukan dengan tugas sebagai mahasiswi.Sebenarnya memang banyak sangat bneda yang ana nk citekan..hehe..

First sekali pasal surprise bufday..huhu..25.03..w/pun dah nak dekat sebulan ulang tahun kleahiran ana di bumi ALLAH ini,baru sekarang ana mempunyai kesempatan untuk menulisnya. Satu kejutan yang memang gila2 la bagi ana,terkaku seketika rasanya apabila mendapat surprise bufday dari sahabat2 ana...iaitu sakinah,payaliza,ctzulaiha,fatin,azia,yaya,suhana n fiza..syukran yang tidak terhingga ya sahabatku.

Ni hah keknya..hehe..hijau antara warna febret RASULLULLAH S.A.W


Keduanya..ana rsa gembira sangat bila dapat balik rumah..hehe..ingatkan dah tak dapat balik sebab sibuk dengan assgmnt...last2 minit pulak tu cari tiket..nasib baik ada..Alhamdulillah...

Bila dah balik macan tuan puteri pulak rasanya...nk makan apa cakap jer,sumenya dapat..memang relex sangat2..bila kat rumah ada ma yang layan..nak teman tengok citer pun sanggup teman..walaupun sampai tersengguk-sengguk dibuatnya ma ana..mengantuk sangat,hehehe..tapi demi ana saggup ditemankan..syukran ye ummi..sayanggggg....sangat2..aboh pun sama..mana boleh tinggal..kasih ibu membawa ke syurga,kasih bapa berkorban nyawa..tanpa ma ngan aboh tak lah ana kat dunia yang indah ini..hehe...

Bila dah balik kat rumah memang la indah..tapi huhu...pagi2 lagi kena bangun..sebelum subuh or semasa azan subuh..kus3...yang lelaki sunat ke masjid berdekatan..kalau tak bising aboh..tak pun cepat-cepat la bangun solat subuh.Ana pulak dengan tak berapa biasa la pulak..hehe..(kononnya),kena la siap2 bangun pagi dan solat...lepas solat tahan la mata tuh..mana boleh tidur....tolong ma sediakan sarapan.Tak mcn kat kolej,bila lepas solat jer,kadang-kadang kalau malas sambung balik tidur..hehe.

Ketiga pulak...EXAM!!!!!
Rilex3...tak ade apa2 pun..hehe..tapi must study smart not hard ok kawan2..hehe..InsyaALLAH ana cuba n cuba buat yang terbaik unutk exam nih.Tapi satu jer...ana dah tak study dengan sahabat ana macam dulu2...Ana pun tak tahu kenapa..macam takde mood jer..nak bkurung jer dalam bilik macam duduk dalam penjara..penjara apa ea???penjara hati kot..hehe..lawak jer.

Maybe menghitung hari untuk balik..hehe..bak kata aboh ana,ana nih anak manja,tapi ana menidakkan ia dengan mengatakan ana dimanja oleh ma,aboh n adik2 lelaki ana...hehe...tggu jer ana balik,hehe..

Keempatnya time daftar bilik.Lepas balik kampung jer...keesokkan pulak daftar bilik.Memang pagi2 lagi kena beratur panjang.Tapi tu bukan topiknya.Yang jadi masalahnya ana takder rummet..huhu.Berjanji dan merancang nak duduk dengan adik junior,tapi lambat diberitahu pulak...melepas....sekarang nih tak tahulah sape rummet akan datang..redha jer la sabab kita hanya hmba ALLAH yang merancang tapi ALLAH maha penentu segalanya.Ana pun bukanlah rummet yang baik.Ana bersyukur sangat2 sekarang ni dapat rummet yang baik,rajin solat n mengaji.Tapi mungkin kami takder jodoh untuk bersama atas sebab2 tertentu.Tapi rummet ana sekarang nih memang anatara yang baik la hadir dalam hidup ana.

Apa lg ea...urmmm...org masa exam duk study,ana pulak duk syok tulis blog...hehe..Satu lg bahagia bila antara sahabat baik ana buat facebook,hehe...dia nih macan katak bawah tempurung n misteri sangat2,kih3,gelak lagi..dia buat pun sebab ana,terharu pulak...huhu..syukran ye sahabatku Han...

Rasanya tu jer kot..hehe..kalu tertinggal tuh ada lah yang sipi2 kot...hehe..smoga bersua lagi..

Wassalam ye sahabatku..