31 Disember 2011

Hari-hariku~~


Assalammualaikum sahabat Ana...

Rasanya minggu ni la paling banyak topik yang keluar berkaitan dengan cinta. Orang lain masa study week ni lah banyak bincang pasal topik yang akan keluar dalam exam, Ana dengan sahabat Ana lain pulak..hehe..tak habis-habis pasal cinta, kahwin dan anak.

Cinta tu memang indah, tapi kadang-kadang keindahan yang terlalu leka akan memabukkan insan yang bercinta. Sahabat, bila usia semakin tinggi, kadang-kadang pemikiran kita tidak pernah lari daripada memikirkan tentang pasangan yang akan menjadi teman satu bantal dengan kita dan insyaALLAH teman hingga ke jannah.

Pasangan hidupku. Setiap orang ada impian masing-masing tentang kriteria pasangan hidup mereka, begitu juga dengan Ana (sama macam Hilal Asyraf, insyaALLAH :P ..). Namun jika seseorang ingin mencari yang soleh, dia hendaklah menjadi solehah dahulu dan juga yang sebaliknya Betul tak sahabat ('',)

Hari ni terasa nak tukar pic baru je dekat profil fb, tapi bila sahabat Ana tanya buat sendiri ke profil pic tu?...urmmm..takdelah, dah nama kat situ langit ilahi saudara Hilal yang punya, hari- hari la rasa terbang kot...haha..soo...tak jadi la nak tukar pic tu.

Hohoho..Ana pun tak tahu apa yang dimerapukan dalam entri ni sekarang..hehe. Ok, sekarang sedang gigih menyiapkan tesis dengan semangatnya. Pengisian yang menarik akan datang.

Wassalam.

p/s: ntah apa-apa ntah, maaf la sahabat..jiwa kacau datang lagi.

27 Disember 2011

Al-Kisah Percintaan Antara HATI Dengan IMAN..


Assalammualaikum sahabat..


Pada entri kali ni, kita sama-sama baca tentang percintaan antara Hati dan Iman yang sememangnya saling melengkapi antara satu sama lain.


Kadang-kadang hati kering tanpa sinaran hidayah daripadNya.


Oh, iman.. Janganlah tinggalkan hati..


Hati sayang iman..


Andai iman pergi tinggalkan hati, pasti hati terluka...


Imanlah penawar hati...


Keranamu iman, Hati mengenal Sang Pencipta Yang Maha Pengasih..


Yang telah mengurniakan iman pada hati..

Iman, hati perlukan iman..


Ya Allah, Kau peliharalah iman ku ini..Ya Allah..


Imanlah sebaik-baik teman yang indah sekali buat hati..


Iman, hati perlukn iman..


Bila iman tiada di hati, tiada erti hidup di dunia ini..


Iman, ke mana iman pergi?


Hati ini gelap tanpa iman..


Hati..hati harus digilap..


Agar hati sentiasa bersih dari terpalit cebisan kekotoran..


Bila hati kotor, iman pun hilang...


Bagaimana ingin menggilap hati tanpa iman?


Bagaimana ingin menggilap hati kalau iman tiada?


Iman, hati akan mencari iman!


Kerana iman sepatutnya berada di hati..


Iman, tanpa iman..hati mati...


Ya Allah, Engkau tempatkanlah iman di hati..


Ya Allah, Engkau kekalkanlah iman di hati..


Jangan biarkan imanku lari, Ya Allah..


Ya Allah, bila iman ada di hati..


Hati tidak akan mati, Ya Allah..


Ya Allah, hati hanya ingin mati bersama iman, Ya Allah..


Wassalam..


p/s: hati sabar menanti IMAN buat diriku..('',)

26 Disember 2011

Cinta???...Diamkanlah..

Assalammualaikum sahabat Ana..(",)

Dah 4 hari tak masukkan isi dalam buku Ana ni..huhu. Busy betul dengan assignment dan tesis selain program tambahan yang akan datang. Semoga ALLAH permudahkan urusan Ana dan juga sahabat semua ye. Alhamdulillah...pada entri kali ni, Ana nak berkongsi satu note yang istimewa untuk renungan kita semua terutamanya kepada insan yang masih single. Mesti ada dalam kalangan sahabat yang pernah or sedang melalui perasaan sebegini kan..Jom kita baca..


Diam itu lebih baik.. Jadi, ana mengambil peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang cinta dan bagi ana, andai kita mencintai seseorang maka, diamkan lah..serahkan segala-galanya kepada ALLAH.


Jika diri mu jatuh cinta..maka diamkan lah...kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu... jika dirinya, bukan untuk mu, redhailah...kerana ALLAH pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untuk mu...DIAM ITU LEBIH BAIK


..

Diam ku...bukan kerana membenci kehadirannya..tetapi ingin menjaga kesuciannya...Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...


Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa. Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?


Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra? Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin, ALLAH s.w.t, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.


"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)...



"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadist)

Ramai yang berkata, kalau kita diam, macam mana si dia nak tahu, tentang perasaan, kita?.Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh ALLAH s.w.t. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tapi risaulah andai diri mu, tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi diri mu.


Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah...


Tapi, ingatlah…Cinta ALLAH, adalah Cinta yang kekal abadi.. Kejarlah cinta ALLAH dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.


Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan di sebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara. Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah..


Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh ALLAH. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan ALLAH bukan di pandangan manusia.


Untuk Hawa

Apabila, lelaki mengatakan diri mu, seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan diri mu, sukar untuk di dekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga diri mu dan dirinya jua.


Untuk Adam..

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta diri mu, bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam ISLAM.


Bisik hati ku:


"Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,

nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita.

Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu. Janji ALLAH pastiku pegang dalam misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik"


Ya Allah...


Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...

Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...

Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...

Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah…

WASSALAM..


p/s:semoga dpat Mmberi brmanfaat bgi kita semua..dan semoga srhmti ALLAH swt....


22 Disember 2011

Untukmu Adam dan Hawa.



Assalammualaikum sahabat...pada entri kali ni Ana kongsi pasal diri kita,kepada kaum muslimin atau muslimah tajuknya adalah "Untukmu Adam dan Hawa".


Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

WASSALAM..

p/s:Sama2 muhasabah diri =)

19 Disember 2011

Kemaafan

Assalammualaikum sahabat Ana...

Mesti sahabat rasa pelik kan, ada je entri pasal sahabat. Asyik2 sahabat je..he3..sorry kalau dah jemu membacanya. Tapi bagi Ana la kan, sahabat ni memang memainkan peranan yang penting dalam hidup Ana, tanpa sahabat disisi sunyilah hidup kita..betul tak???

Tanya diri sahabat, sama ada sahabat sudah berjumpa sahabat yang sejati yang sanggup berkongsi susah dan senang, sabar dengan kerenah kita dan yang paling penting memahami serta selalu membuatkan kita berasa bahagia berada disisinya. Jika belum teruskan usaha sahabat untuk mencari sahabat sejati.



Pada kali ni, Ana ada satu cerita pendek tentang sahabat sebagai renungan kita semua. Selamat membaca, berfikir dan mengamalkan ia dalam kehidupan bersahabat =)


Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar pipi temannya. Orang yang kena tampar merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : “HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENAMPAR PIPIKU”

Mereka terus berjalan, sampai bertemu sebuah pantai, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam, dan berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu : “HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU”

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya : “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu ?” Temannya sambil tersenyum menjawab : “Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir, agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut, dan bila sesuatu yang luarbiasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin.”

Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik karana sudut pandang yang berbeza. Oleh karana itu cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah yang telah lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.

WASSALAM.

p/s: bila ada ayat konflik, teringat kursus konflik dan krisis yang menjadi feveret Ana, sebab kursus ni banyak memberi kesedaran dalam kehidupan kita.

Kesibukan Melampau

Assalammualaikum sahabatku...

Urrm...urmmm...dan urmmm...dah berapa hari jugak la tak update blog ni.Kesibukan mengalhkan pak menteri pulak nampaknya..kus3.Study week dah nak dekat, assingment yang belum siap...arrghh..jiwa kacau lagi, tak habis-habis kot.

Bila dah busy ni kadang-kadang hubungan dengan sahabat yang rapat dengan kita pun boleh renggang (tapi jangan sesekali renggang dengan ALLAH S.W.T). Kadang-kadang bila Ana fikir balik kan,Ana ni memang manusia yang benar-benar beruntung sebab dikurniakan sahabat yang sangat memahami.

Minggu ni banyak sangat benda yang difikirkan, ada sekali tu Ana fikir "adakah aku akan hidup lagi esok"...yelah kan, kadang-kadang kesakitan yang datang tu ujian daripada ALLAH s.w.t dan ada hikmah yang tersembunyi. Hikmah yang tak dapat dilihat adalah mengingati mati, iaitu sesuatu pekara yang pasti bagi semua makhluk di muka bumi ni.Sempat juga la malam tu Ana termimpikan arwah abang Ana, Ustaz kamil (seorang yang sangat rapat dengan Ana). Bila teringat balik banyak sangat persamaan antara kami, dari segi bulan kelahiran, tingkahlaku dan percakapan.

Bila dah sakit sikit-sikit mula la nak bermanja ngan ma. Bila dah sekali telefon, berkali-kali la jadi nyer pulak, ni malas nak call nih,hahaha. Macam biasa la yang dipesannya,"dah makan belum, sape ada kat bilik,bila nak balik, kak bila makan kena pantang,(sekarang ni semua benda Ana bedal je)",he3..i lap u ma. Bila Ana citer pasal arwah abg teh yang acap kali jugak datang dalam mimpi (bukan Ana je yang mimpi, kak ngah Ana pun sama), rasa sayu pulak ma Ana,sebab dia tak pernah bermimpikan arwah. Mungkin pertemuan yang hakiki nanti antara dua insan yang Ana sayang akan wujud di akhirat jika mimpi bukan peraantaraannya.


Adek manis ni bestfrenz yang sangat2 manja dalam family

Rindu family.....T__T
Study week nanti ramai sahabat yang balik kampung masing-masing, jeles pulak. Ana rindu sangat kat budak comel nih hah. Masa cakap kat tel. ngan ma Ana, sibuk je dia ni nak menyampuk bila ma Ana tanya bila nak balik. Siap cakap "kak jangan balik la, duk sane sampai bila2", apa lagi kena marah dek ma Ana, haha..padam muka adik.Lepas suruh kite jangan balik tuh, sempat lagi pesan mainan segunung pulak tuh....banyak cantik muka awak (memang die comel pon,hehe) edess pokai la duit Ana...kelakar betul adikku sorang nih.Nampaknya masa study week nanti,Ana akan bertapa di Library untuk menyiapkan kerja dengan gigihnya (boleh caye ke nih??).

Apa lagi ye, bila ada masa la nak merapu macam-macam kat teratak buruk nih. Kepada sahabat yang sudi membaca entry jiwa kacau seminggu ni, minta maaf le..takde yang menarik (jangan sahabat t'jangkit ngan jiwa kacau pulak sudah lerr). InsyaALLAH...bila ada something yang menarik Ana akan share..hehe

WASSALAM..

p/s: Senyum ^___________________^

14 Disember 2011

Kata Cinta

Assalammualaikum sahabat.....apa khabar hati hari ni??

Sebenarnya Ana tak sampai hati nak tulis entri dalam beberapa hari ni, selagi entri Hilal Asyraf ni tak puas ditatap....jiwa kacau betul. Tapi bagi mengisi ruangan dalam teratak ni, terpaksa la Ana masukkan isi,he3..

Minggu ni dan hari ni memang jiwa kacau. Alhamdulillah...bila baca nukilan dan kata-kata yang di tulis oleh saudara Hilal Asyraf, senyum sampai ketelinga rasanya. Dulu buka facebook semata-mata nak tengok apa yang di post page Human Development, sekarang buka facebook semata-mata nak melawat wall Hilal Asyraf sambil baca apa yang ditulis dan menge"like". Hai...dah jadi macam fanatik sangat la pulak, ALLAH...

Bagi menebus rasa bersalah (kononnya lah) sebab entri Hilal Asyraf dah ke bawah, pada entri kali ni, Ana mahu sahabat baca something yang sememangnya menarik dan insyaALLAH bermanfaat kepada sahabat semua. Nukilan Hilal Asyraf yang bertajuk "Kata Cinta".



Perkongsian: Kata Cinta!


Asas cinta pada saya


Manusia memang suka dengan cinta. Cinta ini pada mereka indah. Saya fikir, kalau orang tanya saya apa yang paling manis dalam dunia, mungkin tak salah kalau saya jawab ia adalah cinta. Untuk orang yang tengah bercinta la kan. Yang putus cinta, sah-sah cinta adalah benda paling pahit dalam dunia untuk dia. ^^


Jadi, apakah asas cinta?

Pada saya, cinta ini asasnya sayang. Saya tak tahu kalau dalam dunia ini, ada yang cinta asasnya benci.


“Saya cintakan dia, sebab tu saya benci kat dia sangat-sangat.”

Atau...


“Saya benci dia. Sebab itu saya sayang dia sangat-sangat.”

Mustahil la kan? Dengar sahaja pun sudah pelik. Kalau benci perangai tak apa lagi. Ini benci orangnya terus. Kemudian katanya cinta. Memang mustahil.

Jadi, cinta mesti lah sayang. Sebab itu, kita hargai orang yang kita cinta. Kita sanggup korban segalanya. Malah ada satu kata-kata:


“Seseorang itu, sanggup berubah demi apa yang dicintainya, mengenepikan kepentingan dirinya.”


Waaaahhh... cinta memang menakjubkan. Ya, kalau sayang, semua benda yang kita kurang sayang, akan kita ketepikan kepentingannya, boleh kita korbankan, boleh kita buang tepi, asalkan benda yang kita sayang, selamat. Bukankah demikian?

^^


Cinta orang hari ini


Sebahagian orang, menyatakan cinta itu murah. Malah, ada yang nampak cinta itu busuk. Ada segelintir orang, dia nampak cinta ni keji. Zaman ini, ramai orang begitu.

Bila Relasi dan Terasing(novel saya kedua dan ketiga) keluar di pasaran, ada orang komen pada saya:


“Saya lagi suka VT, sebab dalam VT tak ada cinta. Alangkah baiknya kalau awak boleh tulis lagi cerita macam VT, tak ada cinta lelaki perempuan. Itu lebih baik.”

Itu satu contoh. Hinggakan, kalau ada cinta dalam novel, novel itu dianggap pop, picisan, murah dan tidak kualiti. Kenapa sampai begitu sekali orang memandang cinta?

Saya melihat, antara sebabnya adalah, hari ini cinta telah dimurahkan semurah-murahnya. Kenapa boleh jadi murah?


Kerana kebanyakan orang hari ini tidak tahu apa itu cinta, tidak reti untuk bercinta. Dia bercinta dengan cinta yang salah, dengan cara yang juga salah, dengan kefahaman yang juga salah, menyebabkan cinta yang dikibar-kibarkannya automatik menjadi murah, keji, kotor dan menjijikkan. Tidak pula membawa kepada kebaikan, bahkan keburukan. Bukan sahaja di dunia, tetapi di akhirat sana.


Cinta hari ini dikatakan apabila kita keluar couple, apabila kita berdating, apabila kita naik motor bonceng sama-sama, bila kita pegang tangan sama-sama kita, bila kita minum satu gelas satu straw, kita makan satu pinggan satu sudu satu garfu, kita sanggup gadai dara dan teruna kita, kita sanggup beri apa sahaja. Kebanyakan orang ingat, itu cinta.

Akhirnya, cinta dikeji sebagai satu perkara nista dan busuk.


Kata cinta, kata sayang...


Tiada orang kata begini:


“Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, saya nak lempar awak dalam api.”

Sepatutnya, orang kata begini:


“Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, kalau awak masuk dalam api pun, saya sanggup selamatkan awak.”


Maka, orang yang bercinta tidak mengikut jalan yang syara’ benarkan, tidak mengikut apa yang telah Allah tetapkan, tidakkah sama dengan melontarkan pasangannya ke neraka? Allah larang berzina, Allah larang pergaulan bebas, tetapi kita ingkar pada Allah SWT atas nama cinta dan sayang.


Benarkah sayang? Pada saya, kalau benar sayang, kenapa melontarkan pasangan anda ke neraka? Kata sayang?


Saya pelik. Saya hairan. Kalau betul sayang dan cinta, sepatutnya kita sama-sama selamatkan pasangan kita dari api neraka, dari kehancuran. Tetapi kenapa kita pautkan dia ke dalam neraka bersama-sama kita?


“Nanti taubat la...”

Nanti tu bila? Kalau tak sempat? Janganlah berlagak sangat. Kita tidak pernah tahu kita mati bila. Tengah-tengah bonceng motor seronok-seronok, eksiden, baru tahu. Orang yang tak buat apa-apa pun boleh mati, lagi la orang bergerak hari-hari.


Kalau cinta, selamatkanlah diri anda dan pasangan anda dari kemurkaan dan keingkaran Allah SWT. Saya tidak nampak itu cinta, kalau kita melontarkan diri kita dan pasangan kita ke neraka. Sama la kita campak dia dalam gaung lepas kita kata: “I Luv You sayang”. Tak ada beza.


“Ala, kami buat semua benda tu, kahwin juga.”

Iya? Jadi bagaimana selepas itu anda hendak cuci semua dosa-dosa itu agar tidak pula diikuti anak-anak anda? Rakan-rakan anda? Anda akan menjadi paksi, dalil, untuk orang melaksanakan kejahatan yang sama. Anda mungkin berjaya kahwin, tetapi entah berapa ramai lagi di luar sana yang berzina, yang lahir anak luar nikah, yang bunuh diri, semuanya kerana cinta yang tidak kena atas landasannya. Dan bagaimana anak-anak anda?


“Bapak dengan Mak pun dulu couple.” Ambil sebjik.

Anda mungkin selamat berkahwin. Anak-anak anda yang nantinya bercouple juga?

Nah. Apa kebaikannya?


Sebaiknya, kita ubah mula dengan diri kita. Mengapa tunggu lagi?

Kata sayang. Kata cinta!


Penutup: Bercinta, sayang, mesti la sampai syurga


Saya la kan, kalau saya dengan perempuan yang saya cinta, saya suka untuk nak masuk syurga dengan dia. Nanti kami duduk depan mahligai kami di Syurga, di bawah pohonan rendang, dikelilingi haruman syurga, kemudian kami mengenang-ngenang cinta kami.


“Susah abang nak dekati sayang dulu.” Sambil saya ketawa, menceritakan betapa saya sabar menahan diri saya untuknya.

“Saya pun jual mahal lebih kat abang dulu.” Dan dia pun bercerita betapa dia pun usaha menjaga dirinya.


Kemudian kami akan masuk cerita fasal anak-anak, macam mana susahnya di dunia tarbiyah anak-anak penuh cabaran, macam mana susahnya nak hidup kekal dalam redha Allah, dan kami akan cerita tu semua, dikelilingi anak-anak kami di sana. Bahagia. Perit jerih itu semua akan terbayar.


Saya nak begitu. Apa sayang kalau campak pasangan dalam kemurkaan Allah?


Cinta, sebetulnya, cinta sampai syurga.

Itu baru namanya cinta, itu baru namanya sayang.

Maka, apakah usaha kita untuk cinta itu kekal sampai syurga?

Apa usaha kita?


p/s: Sekarang cinta hanya pada ALLAH S.W.T dan buku =)


10 Disember 2011

Hilal Asyraf


Assalammualaikum sahabat (",)

Hilal Asyraf...siapa dia???

Memang mula-mula Ana tak kenal pun siapa beliau. Tapi bila Ana like page beliau Ana dapati beliau sememangnya seorang hamba ALLAH yang hebat.
Hensem tak?

Ana suka baca setiap kata-kata yang ditulis oleh beliau, kata-kata yang sangat telus lahir dari hati. Alangkah indah dapat bertemu dan bersahabat dengan beliau. Mungkin banyak kata-kata yang bernas yang akan lahir dari kotak pemikiran beliau saban hari. Alangkah beruntungnya teman-teman yang berada disisi beliau.

Dalam usia yang dikatakan agak muda dan mentah 22 tahun sekarang, sama dengan Ana. Beliau sudah menghasilkan beberapa karya yang sangat menarik seperti VT, Takdir, Sinergi dan Hero adalah antara cebisan karya beliau yang menarik. Beliau sememangnya penulis terkenal.

Hilal Asyraf...anda adalah menguat semangat Ana untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini dalam mengarang kata-kata dan insyaALLAH penulis =) .

Ana sangat berharap dapat berjumpa dengan penulis yang serba boleh ini atau bertemu dalam majlis ilmu yang dihadiri oleh beliau. Tapi adakah akan tertunai impian itu memandangkan beliau sekarang berada di Jordan menuntut ilmu.

"Hilal Asyraf sudikah anda menjadi Raja dihati saya"?

Ummmm...macam tu ke Ana nak cakap bila jumpa beliau?

Ha3..acah je, kalau sudi apa salahnya =P, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan tuan hamba.

p/s: dalam hidup kita, kadang-kadang peniup semangat sememangnya penting untuk meneruskan perjuangan, seperti mana idola Ana Hilal Asyraf.


7 Disember 2011

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia Bagi Tahun 2011


Assalammualaikum sahabat.. (",)

Hari ni Ana tertarik untuk menyenaraikan Top Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia bagi tahun 2011. Alhamdulillah, universiti kebanggaanku dan tempat Ana menimba ilmu sekarang berada di tangga top 3 he3...
Tapi apa2 pun tahniah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, tak kira la dimana or sehebat mana tempat kita menimba ilmu pengetahuan, matlamat kita semua adalah sama iaitu sama-sama ingin mengejar kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diterokai masing-masing.

Berikut adalah senarainya:

1.Universiti Sains Malaysia (Rank dunia: 629)

2.Universiti Teknologi Malaysia (Rank dunia: 694)

3.Universiti Kebangsaan Malaysia (Rank dunia: 731)

4.Universiti Putra Malaysia (Rank dunia: 771)

5.University of Malaya (Rank dunia: 788)

6.Universiti Malaysia Perlis

7.Multimedia University

8.Universiti Teknologi MARA (UiTM)

9.Universiti Malaysia Pahang

10.International Islamic University of Malaysia

11.Universiti Utara Malaysia

12.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

13.Universiti Tenaga Nasional

14.Universiti Malaysia Sabah

15.Open University Malaysia

16.University of Nottingham Malaysia

17.Universiti Teknologi Petronas

18.Universiti Sains Islam Malaysia

19.Universiti Pendidikan Sultan Idris

20.Taylor’s University College

21.Universiti Teknikal Malaysia Melaka

22.Universiti Tunku Abdul Rahman

23.Universiti Malaysia Terengganu

24.Universiti Malaysia Sarawak

25.Universiti Tun Abdul Razak

26.Monash University Malaysia

27.Universiti Industri Selangor

28.Wawasan Open University

29.UCSI University

30.Curtin University of Technology Sarawak Campus

31.Asia Pacific Institute of Information Technology

32.International Medical University

33.Help University College

34.Tunku Abdul Rahman College

35.Al Madinah International University

36.Universiti Kuala Lumpur

37.National Defence University of Malaysia

38.Segi College

39.Universiti Sultan Zainal Abidin

40.Universiti Malaysia Kelantan

41.Limkokwing University of Creative Technology

42.KDU College

43.Selangor International Islamic University College

44.Sunway University College

45.Malaysia Theological Seminary

46.Malaysia University of Science & Technology

47.Olympia College Malaysia

48.Swinburne University of Technology Sarawak Campus

49.Malaysian Institute of Management

50.University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine

51.INSANIAH University College

52.Taman Pertanian University

53.Kuala Lumpur Infrastructure University College

53.International Centre for Education in Islamic Finance

55.Majlis Peperiksaan Malaysia

56.Cyberjaya University College of Medical Sciences

57.Disted-Stamford College

58.Berjaya University College of Hospitality

59.Asia e University

60.KBU International College

61.New INTI College

62.TATI University College

63.Nilai International College

64.Asia Pacific University College of Technology & Innovation

65.AIMST University

Note: Senarai ranking itu dibuat berdasarkan Size, Visibility, Research papers and scholars.

*sumber dari melayukini.net

p/s: kepada sahabat semua, selamat berjaya dalam mengejar cita-cita didunia mahupun akhirat.

4 Disember 2011

Puasa HariI Asyura 10 Muharram.


Assalammualaikum sahabat Ana semua....

Bulan Muharam ni memang banyak nikmatnya jika sesorang itu bijak menggunakan peluang yang ada sebelum masa berlalu. Pada entri kali ni, Ana mahu mengajak sahabat semua beramai-ramai berpuasa Assyuara yang disunatkan berpuasa bagi Umat Islam iaitu pada hari Selasa, 6.12.2011 bersamaan 10 Muharam 1433 Hijarah. Entri ni sengaja dipost awal supaya sahabat bersedia lebih awal disamping menghebahkan kepada sahabat yang lain.

Dalil tentang berpuasa ini ialah :

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه .

(متفق عليه)

Maksudnya :

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa.


Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ، صوموا قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع

Maksudnya :

Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.

Niat puasa asyura-Nawaitu sauma'asyura lilahitaallah,
Ertinya-sahaja aku puasa hari asyura,sunnah kerana allah taalla

Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.

10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah :

Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
Puasa pada hari ke 10 sahaja.

Mudah-Mudahan kita diberi taufiq untuk mengamalkannya dan menyampaikannya kepada saudara-saudara Islam kita yang lain. InsyaAllah..

*maklumat daripada saudara Mohd Adha.

p/s: Ana takkan post apa2 selagi belum lepas 9,10,11 Muharram bagi mengelakkan sahabat terlepas melihat entri ni...@_@