28 April 2012

Permudahkan Urusan Hamba-MU

Assalammualaikum Sahabat.....

Semakin lama semakin suntuk masa yang dilalui. Masa ibarat emas yang sangat berharga, semakin dikejar semakin menjauh perjalanan....

Ya ALLAH...
Hamba-MU memohon agar dipermudahkan urusan,
Semoga urusan pembelajaran diriku berjalan lancar,

Syukran kepada ibuku yang banyak memberi dorongan,
Kata-kata semangat dan ingatan yang kerap kali dituturkan,

Moga tesis yang diusahakan berjalan lancar,
Mohon doa sahabat..Amin Ya Robbal Alamin...

Di sini Ana lampirkan DO'A dipermudahkan segala urusan untuk perkongsian bersama sahabat....



Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:
Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).
Doa ini amat digalakkan kepada kita untuk membacanya kerana setiap hari kita mempunyai pelbagai urusan yang perlu diselesaikan dalam hidup. Tidak dapat tidak, kita mesti berusaha untuk memenuhi segala urusan yang telah kita rancangkan itu. Untuk memperoleh berkat disebalik semua urusan yang akan dan telah dilakukan sebaik-baiknya kita mengamalkan doa diatas sebagai panduan sepanjang hayat kita.

WASSALAM...
p/s: Harapan yang menggunung agar dapat menyelesaikan amanah yang diberikan dengan mudah..Amin..



Tiada ulasan: