30 Oktober 2011

Mencari-Cari Peluang....

Assalammualaikum sahabat Ana....


Terima kasih atas sokongan sahabat sekalian yang sudi menjenguk teratak Ana yang tak sebarapa ni, hari demi hari ada je yang sudi melawat dan follow......Alhamdulillah..syukron ye sahabat.

Dah seminggu lebih jugak la, laptop Ana buat hal...sekarang Alhamdulillah da ok baru bleh masukkan isi,hehe...


Semalam detik yang menyedihkan bagi rakyat Terengganu sebab tewas ditangan N.sembilan dalam merebut Piala Malaysia...huhu...tapi semua tu ada hikmahnya. Sebagai anak negeri Terengganu Ana sememangnya bangga sangat sebab pemain ganu memang berjuang habis-habisan semalam dan kalah pun secara bermaruah, 2-1 je...tak pe la tak de rezeki tahun ni kan.


Kemarin Ana ada mengikuti seminar/bengkel orang asli. Ana bersyukur sangat-sangat sebab dapat peluang macam nih...ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Bila Dr.Mus da bagi peluang macam nih,memang da takde langsung alasan bagi Ana nak tolak w/pun kerja bertimbu-timbu,hehehe...




Memang satu kerugian la bagi sesiapa yang tak nak rebut peluang depan mata ni. Kalau nak cari alasan memang berjuta, tapi bagi Ana pengalaman adalah sesuatu benda yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bila Ana fikir balik, rasanya bila lagi la ada peluang nak kenal orang asli ni kalau bukan kat Universiti, sebab bila da keluar memang tak de peluang langsung la.


Ana memang tertarik sangat-sangat dengan ucapan yang disampaikan oleh Dr.Fatimah Kari, iaitu pensyarah dari UM. Kata beliau, orang asli ni macam kita jugak orang melayu. Tapi bezanya bila ISLAM tidak sampai kepada mereka sebab mereka ni menyorok dalam hutan, jadi pendakwah tak dapat la nak sampaikan pada masa tu. Dah 600 tahun sampai tak disentuh oleh orang Islam. Kata Dr.Fatimah lagi, tujuan projek ni memang nak mengetahui sejauh mana keadaan orang asli sekarang, adakah lebih baik daripada dulu. Tapi dalam masa yang sama, misi kami ada motifnya juga iaitu untuk berdakwah.

Ana harap ALLAH permudahkan segala usaha kami pada masa akan datang. Hai macam mana la nanti dugaan Ana mendatang nih, sebab bila dengar Dr. Fatimah citer kemarin beliau pernah kena gigit dek anjing, rasa seram jugak bila tengok gambar-gambar kemarin. Tapi INSYAALLAH, niat yang baik ALLAH akan permudahkan. AMIN ya Robbal Alamin...




p/s: apa yang penting semangat yang kuat mesti ada dalam diri =)

20 Oktober 2011

La Tahzan (Jangan Bersedih)


Assalammualaikum sahabat,harap sihat-sihat dan senyum sokmo...hehe..

Kalau tajuk sebelumnya La Tahla (Jangan mengeluh), sekarang La Tahzan ( Jangan Bersedih)....

Sahabat, bila hati terasa sedih dan berat sangat2.....ingat la ayat ni sahabatku, kerana bila Ana terasa sedih Ana akan ingat ayat ni je...Alhamdulillah, ALLAH tabahkan hati Ana...terasa ringan sikit....

"La Khauf Wala Tahzan, Innallaha m'ana" yang membawa maksud Jangan takut dan jangan bersedih, ALLAH menyertai (menolong) kita...Demikianlah maksud firman ALLAH S.W.T dalam Al-Quran.


Jadi kenapa kita perlu bersedih hai sahabat?

Ana ingin berkongsi dengan sahabat sedikit petikan yang Ana ingat dalam buku La Tahzan yang Ana baca beberapa bulan lepas, semoga ia memberi satu pergertian yang berharga kepada sahabat untuk berfikir.

Hari esok masih berada di alam ghaib. Tiada seorang pun yang mengetahui secara pasti apa yang akan berlaku esok. Bahkan sesaat akan datang pun masih menjadi rahsia. Maka untuk apa bersedih dan cemas dengan sesuatu yang belum tentu terjadi. Fokuskanlah perhatian kita untuk hari ini. Hari inilah yang sedang kita jalani, bukan semalam yang telah berlalu dan juga bukan esok yang belum tentu datang. Anggaplah kita hanya hidup pada hari ini. Dari itu, lakukanlah segalanya dengan usaha yang terbaik. Isilah hari ini dengan kebaikan dan pekara-pekara yang berguna. Dengan itu, kita tidak akan terhuyung-hayang di antara tompokan keresahan, kesedihan dan duka semalam dengan bayangan esok yang dipenuhi dengan ketidakpastian dan kerapkali menakutkan.

Jadi sahabat Ana semua....sedih tu memang hakikat yang menjadi pekara biasa bagi setiap insan, boleh bersedih tapi biarlah berpada-pada...apalagi sahabat semua, senyum je dan tak perlu kata apa-apa,hehehe...

WASSALAM....

16 Oktober 2011

La Tahla (Jangan Mengeluh)


- Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, pikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

- Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, pikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

- Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, pikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

- Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, pikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

- Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau istrimu, pikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.

- Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, pikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
-Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, pikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

- Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, pikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

- Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, pikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.

- Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, pikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

- Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

- Kejayaan tidak diukur dari posisi yang dicapai seseorang dalam hidup, tapi dari kesulitan-kesulitan yang berhasil diatasi ketika berusaha meraih kejayaan

- Hari ini Anda adalah orang yang sama dengan Anda di lima tahun mendatang, kecuali dua hal : orang-orang di sekeliling Anda dan buku-buku yang Anda baca.

- Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka; namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka.
Meoowww...senyum la dengan hati yang tabah dan redha..
WASSALAN...

15 Oktober 2011

Tentera-tentera Korea Selatan masuk ISLAM

Assalammualaikum sahabat Ana....

Terutamanya sekali Ana nak ucapkan tahniah kepada pasukan Terengganu n T-team sebab berjaya mara keperingkat yang seterusnya bagi mengejar gelaran juara piala malaysia. Tahniah dan syabas diucapkan. Ana happy sangat2...apa2 pun ALHAMDULILLAH....

Ana tertarik salah satu topik yang sangat ringkas yang dipaparkan di laman sosial facebook yang bertajuk Tentera-tentera Korea selatan masuk ISLAM. Sebagai perkongsian dengan sahabat, Ana cari dalam internet tentang topik ini secara lebih detail.

Perang Iraq memberi makna lain bagi "Unit Zaitun", nama pasukan Korea Selatan yang ikut dihantar ke Iraq pada tahun 2006 sebagai sebahagian dari pasukan gabungan AS. Sebelum berangkat dan ditempatkan di bandar Irbil, bandar warga Kurdis di utara Iraq, 37 ahli unit ini menyatakan diri masuk Islam dan bersyahadat di Masjid Hannam-dong, Seoul.
"Saya memutuskan menjadi seorang Muslim, kerana saya merasa Islam sebagai agama yang lebih humanis dan damai berbanding agama-agama lain. Kalau kita boleh secara agama berinteraksi dengan warga tempatan, saya fikir ini akan banyak membantu kami menjadi misi damai untuk melakukan rekonstruksi di Iraq, "kata Leftenan Son Hyeon-ju dari pasukan khusus Brigade ke-11, salah satu tentera Korea Selatan yang masuk Islam.

Ketika itu, pada hari Jumaat di bulan Julai 2006, Hyeon-ju dan 36 tentera Korea Selatan yang lain mengambil wuduk, lalu duduk berjajar di dalam Masjid Hannam-dong. Dengan bimbingan imam masjid, mereka melafazkan dua kalimah syahadat dan mulai hari itu, para tentera yang akan berangkatkan ke Iraq itu dengan rasmi menjadi muslim.

Tentera Korea mungkin tidak pernah menyangka peluang untuk mempelajari Islam dan bahasa Arab bagi para tentera, terutama Unit Zaitun, yang akan dihantar ke Iraq, akan membuat puluhan tenteranya masuk Islam. Pertimbangannya ketika itu, kerana majoriti penduduk bandar Irbil adalah muslim, sedangkan tentera Korea yang akan dihantar adalah non - muslim, maka para tentera itu dihantar ke Masjid Hannam-dong untuk belajar dan memahami tentang Islam dan komuniti Muslim. Ternyata, sebahagian tentera itu malah benar-benar jatuh cinta pada Islam dan memutuskan untuk memeluk agama Islam.

Salah seorang anggota pasukan Unit Zaitu dari Divisi ke-11 Angkatan Bersenjata Korea Selatan, Kopral Paek Seong-uk yang masih berusia 22 tahun mengatakan, "Di kampus, saya mengambil jurusan bahasa Arab dan setelah membaca isi Al-Quran, saya jadi sangat tertarik pada islam. Saya pun memutuskan untuk menjadi seorang muslim selama mengikuti program yang diadakan Unit Zaitun, sebuah pengalaman agama buat saya. "
Koperal Paek Seong-uk dengan bersemangat menyatakan keinginannya jika sudah sampai di Iraq. "Saya ingin ikut serta dalam acara-cara keagamaan dengan warga tempatan, sehingga mereka boleh merasakan rasa persaudaraan. Saya juga juga ingin memastikan warga tempatan bahawa pasukan Korea Selatan bukan pasukan penjajah, tapi pasukan yang dikerahkan untuk membantu misi kemanusiaan di Iraq," ujar Paek seong-uk.

Tentera-tentera Korea yang memilih menjadi muslim itu, faham pentingnya homogenitas agama di tengah-tengah komuniti Muslim. "Jika agama anda sama, anda tidak akan dianggap sebagai orang asing, tapi akan diperlakukan seperti layaknya warga tempatan. Lebih dari itu, Islam mengajarkan tata cara perang yang beradab. Muslim tidak boleh menyerang kaum wanita, bahkan dalam peperangan," kata seorang pegawai tentera Korea Selatan, mengomentari puluhan tenteranya yang masuk Islam.

WASSALAM
p/s: ALHAMDULILLAH...

12 Oktober 2011

Mangat Ganu Ambe Kuat...

Assalammualaikum sahabat Ana semua

Hehehe...mangat betul Ana minggu nih. Kira happy sangat-sangat la bila negeri tanah tumpah darah Ana ni menang lawan bola mengatasi kelantan. Tp jangan duk ghairah sangat, ada 90 minit lagi lawan kat kelantan pulak. Tahniah pada adik ngan abang (T-team n Terengganu) sebab membanggakan kami rakyat terengganu. Perlawanan yang disifatkan menarik n penuh emo malam tu memang wat Ana berdebar-debar je,minta cepat2 la tamat,hehehe. Mana taknya statistik malam tu secara keseluruhannya 5 kad merah n 3 kad kuning...bahaya2.

Tapi apa2 pun kedua-dua pasukan memang dah buat yang terbaik,tak kira mana2 pasukan yang ke pusingan seterusnya, yang penting dari pantai timur, tapi minta-minta ganu kiter mara kang..hehe.

Satu lagi Ana nak kongsi dengan sahabat adalah serba sedikit bahasa terengganu bagi sahabat yang nak belajar tu boleh la. Perkongsian ni dari page facebook anak terengganu. Jom tambah pengetahuan berbahasa.

Mari pakat blajo bahase Tranung kiter…

*jauh sapok……..teramatlah jauhnya

*panah sang (panas kettik)……..panas yg teramat sangat

*comel lote……… comel yg amat

*hijau naung………..hijau kehijauan

*sejuk ketto………sejuk yg sangat2

*itang lettung (itang leggang) ……….tersangatlaaa hitamnya

*punoh jahnang………rosak

*taik ayang muna………tahi ayam yg masih hangat.

*kona lepe…….kona lipat

*kelecak……..terpelenting

*nakuk pait……penakut yg amat

*masing pekkok……..teramat masin!

*sekak netting……singkat sangat(kain)

*nipih nayyang…..sangat nipis

*maknga…..cuai

*babeiy…….degil

*supek/plastik ghok ghak……beg plastic

*korok……tengkorak

*kehek……muntahkan semula

*puahsang……boring

*meppeh……tak larat

*kepeh blepeng……kempis sangat (macam lemping)

*lapo perut…….lapar (bahse Tranung yg berangkai ,sebut lapo mesti ade perut)

*ngatuk mate…….mengantuk

*bodo lalu……bodoh lebih-lebih

*korok keriiing goh…….tengorak yg sudah kering

*kelecek bagrak…….terpelenting

*kerek lage………konkrit mengepung telaga

*tadok agroh……..tiada iktiar

*penuh rummbu……...penuh sampai melimpah

*khapoh…….kerak(goring pisang)

*penuh nembok…….penuh sampai melimpah

*gemuk debbok…….gemuk sangat

*kuruh kering……… sangat kurus

*botok licing……..botak licin (rambut)

*beso jereguk…….besar

*kecok…….jalan terincut-incut

*suke glekek……suka menggelekek

*ketor geggor……..terketar sampai bergegar..hehe

*manih letting…….sangat manis

*dulli mung…….tak ambik peduli

*musing ketang cari……cari merata tempat

*letihsang……sangat letih

*bapok gong……..sangat besar

*gong……sombong

*srupe tule……serupa je

*begrak nanang……sgt berat

*rengang lepung…….sgt ringan

*ketik nyamuk…….digigit nyamuk

*makang kucing……dimakan kucing

*kattok wong …….katak (siap ada bunyi tuu)

*dop tahu starang…….tak tahu pun

*busuk kohong……busuk giler

*agah……orang yg sombong

*soheh dok munggg?......ko ni biar betul!!

*Natang pende…….apa hal?(bahse kasar)

*apah nyor……hampas kelapa

*anguh letong……sgt hangus

*bata golek……boaster/bantal peluk

*bronok……sejenis kuih yg dperbuat drp sagu

*bepang…….sejenis kuih yg dperbuat drp beras pulut

*boloq woq……..serabut

*bahang…….pukul kang!!

*Katok……pukul

*Bluahh…….comot

*culah…..malas

*dokdang……..tak sempat

*iiising…….gile doo

*ikang aye……ikan tongkol

*ikang kerah ekor…… ikan cencaru

*kheloqq…….terpelesok

*ngerek awek……selalu bawa awek

*Lembek……tilam

*Lambur……beranda/balkoni

*meroh merang…….merah sangat

*memang dok arr…….memang tak la

*musing ligat…….berpusing-pusing

*musing ketang…….berpusing-pusing

*ngoyang……meroyan

*nyakit nyamang……tidak bersangkut paut

*nisang…….gula Melaka

*skekk…..sedikit

*se’jek……masjid

*sekuk merri……biskut merie

*se’eh…….kenyang sangat

*tawor hebbe……tawar giler

*tawor limbo……..tawar (air)

*tohok…….buang

*senyak tuppah……..senyap sunyi

*tinggi sayuk……..sangat2 tinggi

*beso jallo……..sudah besar (orang)

*kecik tuikk……..kecil sangat2..

*pucat lesi…….pucat

*Lebong…….menipu

WASSALAM....

p/s: peteh ganu peteh,semarak darul iman,sokongan sepanjang zaman w/pun dimana bumi dipijak,negeriku ttpku junjung...