8 Mac 2012

Ya ALLAH,Lindungi Aku Dari Putus Asa...


Assalammualaikum sahabat Ana...

Lama benar Ana tidak mencoretkan kata-kata dalam teratak ini. Alhamdulillah..pada hari ini, dengan izin daripada ALLAH s.w.t dapat juga Ana memasukkan entri yang terbaru.

Ya ALLAH, lindungi aku dari putus asa....

ALLAH...banyak betul dugaan yang datang dariMU, namun hanya kata-kata syukur yang mampu ku titipkan. Hanya satu perkataan yang dapat ku ucapkan, iaitu ALHAMDULILLAH...

Semoga ALLAH permudahkan urusan Ana dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan sebelum diiktiraf dengan segulung ijazah.

Sahabat Ana,

Syukran atas lawatan yang tidak putus ke blog Ana dan kata-kata semangat yang diberikan. Terima kasih di atas kesabaran dan sokongan sahabat yang selalu bertanyakan entri yang terbaru bagi teratak Ana ini. Namun Ana mohon maaf kerana tidak berkesempatan memasukkan entri yang terbaru kerana kesibukan yang melanda diri ini.



Kadang-kadang Ana berasa putus asa untuk meneruskan perjuangan yang diamanahkan oleh ibunda dan ayahanda Ana. Namun berkat doa dan sokongan yang tidak putus daripada mereka lah Ana bangkit untuk meneruskan perjuangan.

Kata abang Ana, tiada satu benda pun yang senang didunia ini melainkan dengan usaha yang kuat. Keputusan terletak ditangan kita untuk mencorakkan jalan yang akan kita hadapi pada masa hadapan. Semoga sahabat Ana yang sama-sama menempuh ujian yang sama dengan Ana gigih berusaha dengan jayanya. INSYAALLAH...

Sahabatku...
Semoga ALLAH s.w.t melindungi kita semua dari putus asa dengan dipermudahkan segala urusan yang akan kita tempuhi. Jika ujian yang melanda, hentikanlah rungutanmu wahai sahabat..ucapkanlah kata-kata hikmah ini iaitu ALHAMDULILLAH dengan penuh kesyukuran kerana sesungguhnya orang yang diberi ujian adalah orang yang beruntung.

Wassalam...

p/s: rindu sangat dengan sahabat Ana, pink..

1 ulasan:

sakinah mawaddah berkata...

Assalamualaikum w.b.t my sahabat ^_^
Don't give up dear...

KENAPA KITA DIUJI?

Sahabatku, Allah tersangat2 baik dengan kita..nikmat yang diberi tak pernah-pernah putus walau sedetik pun..maka layaklah kita sebagai hamba diuji dengan ujian yang sedikit cuma jika dibandingkan saudara kita di palestin, syiria yg lebih berat ujiannya..Jadi, bersangka baiklah dengan Allah..ujian yang diberi adalah tanda cinta dan kasih-Nya kepada kita agar kita sentiasa ingat kepada-Nya..

Moga Allah berikan kita dorongan dan kekuatan dalam menempuh medan ilmu ini sahabat..
uhibbukifillah..

p/s: kata2 ini diriku ambil dahulu, yang kadang2 rasa macam 'down' jugak..-_-,