5 Mei 2012

Pengalamanku

Assalammualaikum sahabat Ana ^^

Apa khabar IMAN dan HATI hari ni???
Semoga baik-baik sokmo lah ye ('',)

Dalam dunia sekarang ni kan sahabat, semakin ramai yang kata susah nak cari manusia yang berhati baik.

Ada betui ka??

Errmm.dak eh...tu cuma pendapat masing-masing. Depends pada keadaan, tempat dan masa sebenarnya yang membuatkan manusia bertindak demikian. Ana cuma nak berkongsi pengalaman yang Ana lalui pada minggu ni ngan sahabat. Ana beruntung melihat beberapa kebaikan yang membuatkan hati Ana tenang melihatnya.

Pertama,
Siapa kata susah nak jumpa lelaki yang baik sekarang ni?
Pada malam selepas Ana balik daripada menyaksikan persembahan nasyid dari kumpulan Nur One, Unic, Mestica n macam-macam lagi la persembahan yang menarik pada malam tu kat DECTAR, UKM..kami bertolak balik ke kolej agak lewat juga la. Lebih-lebih lagi hanya sebiji bas disediakan. Alamatnya memang penuh la dalam tu. Yang buat Ana terharu, jejaka-jejaka yang berada dalam tu sanggup bagi kami tempat duduk. Kesian pulak tengok diorang berhimpit macam sardin pulak duduk 4 orang dua seat or lebih semata-mata prihatinya dengan golongan muslimah. Bukan tu je, bila dah separuh turun bas, diorang pun gerak ke belakang sekali bila seat kat belakang dah kosong semata-mata nak bagi kaum hawa ni duduk dengan selesa walaupun masih ada yang berdiri, kira memang penuh la bas malam tu. SubahanaALLAH...Ana kagum dengan peribadi yang ditunjukkan oleh kaum adam ini. 

Kedua,
Ana selalu je tidur kat library,  memang dah jadi tabiat kot. Mana taknya memang sejuk macam duk Oversea kot kat dalam tu. Dalam nyeyak dibuai mimpi, tiba dikejutkan oleh mahasiswi arab. Alhamdulillah mengingatkan Ana dengan solat asar. Syukran...ingat-mengingati dalam kehidupan manusia bahkan ISLAM juga menekankan ia.

Ketiga,
Baru je kot semalam. Masa duk tunggu bas dengan dua sahabat Ana, kami tiba-tiba terlihat seekor kucing yang agak pelik (pada mula2 la). Tak lama tu, baru la Ana perasan kucing tu agak kesian. Duduk pun tak selesa dan badannya mengeluarkan bunyi. Bila tengok perutnya macam kempis je, tahulah kami yang kucing ni kelaparan. So dua sahabat Ana yang baik hati ni pergi la beli makanan untuk kucing ni. Ana stay je kat situ, cover line 4 bus. Baiknya hatimu sahabat...ISLAM sendiri mengajar kita menyayangi binatang.       

Orang yang tidak menyayangi maka tidak disayangi (oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala).” (HR. Al-Bukhari no. 6013)
Beberapa pic yang Ana sempat snap.

mula-mula ok lagi

 macam dah nak layu dah tu

dan datang lah
:
:
:
:
serikandi penyelamat

Alhamdulillah...ada juga makanan untuk hari ni....


Keempat,
Last la...bila dah naik bas yang ditunggu-tunggu. Nampak la pulak seorang mak cik yang agak berusia. Timbul sifat prihatin dalam diri Ana ni nak bagi mak cik ni duduk. Belum lagi Ana sempat bangun,,,tiba-tiba seorang muslimah ni yang lebih pantas dari Ana menawarkan tempat duduk beliau kepada mak cik ni. Ana cuma mampu tersenyum je bila melihat panorama tersebut. Dengki pulak Ana tengok,sebab dulu masa kat sekolah tiap kali naik bas (kalau takde orang mai ambil), Ana perhatikan orang yang naik bas n jarang dapat duduk sebab bagi kepada orang yang lebih memerlukan. Termenung Ana sejenak apabila mengingati satu  kata-kata iaitu :

"Dengki yang diharuskan Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti menuntut ilmu atau melakukan ibadat dan seumpamanya."

Sekian Sahaja coretan pada kali ini,

WASSALAM...

P/S: Semoga hari-hari yang akan datang dilalui dengan lebih baik daripada hari yang lepas...^^

Tiada ulasan: