21 April 2011

Waktu-Waktu Yang Di Haramkan Solat..

Assalammualaikum sahabat Ana...

Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana masih diberi umur yang panjang untuk menulis coretan pada laman Ana serikandi Buku.Ana cari,Ana Baca,Ana Kongsi...Alhamdulillah.

Sebenarnya pekara ni membuatkan ana confius buat sekian lamanya.Kisah ini bermula masa ana masih umur belasan tahun.Pagi tu nak exam,so lepas ana solat subuh ana nak solat sunat.Tapi kakak ana kata haram solat sunat selepas solat subuh.Ana pun pelik sebenarnya,yelah umur masih setahun jagung tak tahu apa2.Tapi bila tengok sahabat ana selalu jer solat sunat antara pukul 9 lbh or kadang2 10,11 pagi.Perasaan ingin tahu mula terbit dalam diri ana untuk menyelongkar tentang waktu2 yang diharamkan solat.


Perkara ini pernah disebutkan di dalam hadis :

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس

Maksudnya : Dari Abi Hurairah r.a :Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari.[hadis riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Dawud,Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad

Untuk rumusannya ia nukilan dari kitab At taqrirat as sadidah fi Al masail mufidah Syaikh Muhammad bin Ahmad Hasan Al Kaaf.cetakan Dar Al Mirath An Nabawi ms 192 -194 di dalam tajuk Al Auqat Allati Tahrumu Fiha As Solah

Waktu-waktu yang diharamkan solat

Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu-waktu yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan karahah tahrim[Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil]

Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan


Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu

1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)


Kadar tombak adalah 4 darjah

Satu darjah bersamaan 4 minit


2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.


Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit

Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit


3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.


Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan

1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari

2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari

Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:

1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:

a) Solat sunat ihram

b) Solat sunat istikharah

c) Solat sunat keluar dari rumah

d) Solat sunat musafir

e) Solat sunat Qatl

f) Solat sunat hajat


2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.

Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.

1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat

Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)

Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.

Hukum solat ketika khutbah jumaat

Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan dari solat tahiyat masjid yang tadi.

Wassalam..Semoga Perkongsian Ini Berharga kpd Sahabat Ana Serikandi Buku dan Diri Ana sendiri.Amin Ya Robbal Alamin..

20 April 2011

Sultan Muhammad al-Fateh(Sultan Mehmed....Anak Muda Menggegar Dunia)

Assalammualaikum sahabat Ana...

Diharap sihat sokmo dan bahagia didalam rahmat ALLAH SWT.
Hari ni ana nak berkongsi satu cerita yang menarik kepada para sahabat.Ana sangat tertarik dengan cerita yang ditag oleh sahabat ana di facebook.Kalau sahabat tengok videonya memang tertarik.Disini ana nak berkongsi serba sedikit tentang Anak Muda Menggegar Dunia iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh.


Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fateh kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fateh” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fateh menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta


Di bahagian laut, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Rujukan:
http://fatih1429.wordpress.com/2009/02/23/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/

http://arifin-aziz.blogspot.com/2009/03/novel-sejarah-sultan-muhammad-al-fateh.html


16 April 2011

BerSua KemBali


Assalammualaikum sahabat Ana....

Agak lama ana tidak mupdate blog ini..huhu..
Kesibukan dengan tugas sebagai mahasiswi.Sebenarnya memang banyak sangat bneda yang ana nk citekan..hehe..

First sekali pasal surprise bufday..huhu..25.03..w/pun dah nak dekat sebulan ulang tahun kleahiran ana di bumi ALLAH ini,baru sekarang ana mempunyai kesempatan untuk menulisnya. Satu kejutan yang memang gila2 la bagi ana,terkaku seketika rasanya apabila mendapat surprise bufday dari sahabat2 ana...iaitu sakinah,payaliza,ctzulaiha,fatin,azia,yaya,suhana n fiza..syukran yang tidak terhingga ya sahabatku.

Ni hah keknya..hehe..hijau antara warna febret RASULLULLAH S.A.W


Keduanya..ana rsa gembira sangat bila dapat balik rumah..hehe..ingatkan dah tak dapat balik sebab sibuk dengan assgmnt...last2 minit pulak tu cari tiket..nasib baik ada..Alhamdulillah...

Bila dah balik macan tuan puteri pulak rasanya...nk makan apa cakap jer,sumenya dapat..memang relex sangat2..bila kat rumah ada ma yang layan..nak teman tengok citer pun sanggup teman..walaupun sampai tersengguk-sengguk dibuatnya ma ana..mengantuk sangat,hehehe..tapi demi ana saggup ditemankan..syukran ye ummi..sayanggggg....sangat2..aboh pun sama..mana boleh tinggal..kasih ibu membawa ke syurga,kasih bapa berkorban nyawa..tanpa ma ngan aboh tak lah ana kat dunia yang indah ini..hehe...

Bila dah balik kat rumah memang la indah..tapi huhu...pagi2 lagi kena bangun..sebelum subuh or semasa azan subuh..kus3...yang lelaki sunat ke masjid berdekatan..kalau tak bising aboh..tak pun cepat-cepat la bangun solat subuh.Ana pulak dengan tak berapa biasa la pulak..hehe..(kononnya),kena la siap2 bangun pagi dan solat...lepas solat tahan la mata tuh..mana boleh tidur....tolong ma sediakan sarapan.Tak mcn kat kolej,bila lepas solat jer,kadang-kadang kalau malas sambung balik tidur..hehe.

Ketiga pulak...EXAM!!!!!
Rilex3...tak ade apa2 pun..hehe..tapi must study smart not hard ok kawan2..hehe..InsyaALLAH ana cuba n cuba buat yang terbaik unutk exam nih.Tapi satu jer...ana dah tak study dengan sahabat ana macam dulu2...Ana pun tak tahu kenapa..macam takde mood jer..nak bkurung jer dalam bilik macam duduk dalam penjara..penjara apa ea???penjara hati kot..hehe..lawak jer.

Maybe menghitung hari untuk balik..hehe..bak kata aboh ana,ana nih anak manja,tapi ana menidakkan ia dengan mengatakan ana dimanja oleh ma,aboh n adik2 lelaki ana...hehe...tggu jer ana balik,hehe..

Keempatnya time daftar bilik.Lepas balik kampung jer...keesokkan pulak daftar bilik.Memang pagi2 lagi kena beratur panjang.Tapi tu bukan topiknya.Yang jadi masalahnya ana takder rummet..huhu.Berjanji dan merancang nak duduk dengan adik junior,tapi lambat diberitahu pulak...melepas....sekarang nih tak tahulah sape rummet akan datang..redha jer la sabab kita hanya hmba ALLAH yang merancang tapi ALLAH maha penentu segalanya.Ana pun bukanlah rummet yang baik.Ana bersyukur sangat2 sekarang ni dapat rummet yang baik,rajin solat n mengaji.Tapi mungkin kami takder jodoh untuk bersama atas sebab2 tertentu.Tapi rummet ana sekarang nih memang anatara yang baik la hadir dalam hidup ana.

Apa lg ea...urmmm...org masa exam duk study,ana pulak duk syok tulis blog...hehe..Satu lg bahagia bila antara sahabat baik ana buat facebook,hehe...dia nih macan katak bawah tempurung n misteri sangat2,kih3,gelak lagi..dia buat pun sebab ana,terharu pulak...huhu..syukran ye sahabatku Han...

Rasanya tu jer kot..hehe..kalu tertinggal tuh ada lah yang sipi2 kot...hehe..smoga bersua lagi..

Wassalam ye sahabatku..


12 Mac 2011

Teka-teki Iman Al-Ghazali

Assalammualaikum sahabat Ana...

Mmg agak lama kita tidak bersua. Kesibukan Ana yg tidak ada phujungnya dgn kuliah dan asgmnt mmg memeningkan...

Kesian ngan blog Ana nih...tp alhamdulillah ari ni Ana ada satu benda nak kongsi ngan para sahabat..Td Ana berkesempatan ke Library...sempat la baca satu buku yang btajuk DAKWAH...ada satu benda yang buat Ana tertarik dlm buku tu yg ingin Ana kongsi dgn para sahabat, iaitu Teka-teki daripada tokoh Islam yg terulung iaitu Iman Al-Ghazali. Teka-teki ini bermula apabila pada suatu hari Iman Al-Ghazali berkumpul dgn murid-muridnya dan kemudian beliau memberi pertanyaan teka-teki .

Antara teka-teki beliau adalah:

Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf : 179).

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[*] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.

[*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat.

Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.