15 Februari 2011

Ada Apa Dengan Novel Interlok???


Assalammualaikum sahabat Ana....

Lama betul Ana tak update blog Ana nih. Kesempatan waktu mmg terbatas. So Ana kena curi la masa yg ada untuk msukkan dalam diari buku Ana nih.

Ada satu Novel yg menjadi kontroversi sejak akhir-akhir nih. Sebenarnya Ana dah dngar la skit psl novel nih...tp x berapa jelas la..hehehe..semuanya lebih jelas bila lecture Ana tnya psl Novel Interlok nih. Yelah nk tahu pelajar dia tahu x psl isu smasa nih...bla ditnya x siapa yg tahu..huhu..menyedihkan..Novel Interlok yg menjadi salah satu novel dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan 5.

Lecture Ana bgthu la serba sedikit psl Novel Interlok yg menjadi kontroversi nih. Lecture Ana ckp kandungannya menyentuh sensitiviti kaum,khususnya kaum Melayu dan India.Novel yang telah terpilih sebagai buku teks itu didakwa bahawa mempunyai unsur penghinaan terhadap orang Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan Paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India.

Lepas Ana balik kelas, Ana baca la paper BERITA HARIAN, tajuk dpn dia Serpihan Hindraf Buat Hal...nih psl bantahan Novel Interlok nih la..macam-macam ler..kan tak pasal2 timbul bnda lain plk..mmg cari psl betul lah. Kuasa terletak ditangan Menteri Pelajaran, nk pinda kandungan Novel tu or tarik balik penggunaannya.

p/s: Rasa tertarik plk nk baca,nk tahu apa kandungan yg lebih terperinci kt dlm novel tuh.


Tiada ulasan: