14 September 2011

Assalammualaikum Sahabat Ana sekalian.....

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat Ana yang sudi melawat blog Ana yang tak seberapa ni. Empat bulan lamanya suatu masa yang agak panjang bagi Ana selama bercuti dikampung berpuasa dan beraya bersama keluarga.Alhamdulillah Ana panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi iaitu tuhan yang maha esa ALLAH SWT..

Alhamdulillah sahabat,
Sebenarnya bukan suatu pekara yang mudah untuk Ana kembali menaip setiap bait2 ayat untuk pengisian blog ini. Rasanya Ana macam sudah berputus asa dan ingin lari daripada segala pekara yang menimpa diri Ana sepanjang percutian ini,dengan pemergian sahabat yang tersayang secara tiba2 membuatkan dunia Ana seakan2 sunyi. Banyak pekara yang tergendala. Namun Ana bersyukur kerana ALLAH SWT masih  sayangkan diri Ana, maka musibah diberi,semoga ia menjadi satu kekuatan dalam diri ana.

Suatu pekara ajaib pada hari ini yang menjentik perasaan Ana untuk menaip bait2 ayat untuk ruangan blog ini. Syukran kepada sahabat yang sentiasa berada disisi Ana iaitu Hinata (bukan nama sebenar,nanti ada orang jeles pulak kang,hehehe) semoga dugaan yang diberikan daripada ALLAH SWT kepada kita pada hari ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara kita. Beliau adalah antara sebab yang menjentik jejari Ana untuk terus menaip untuk ruangan blog ini. Rasa lucu pulak bila fikir pasal tadi,hehe...mcn2 perasaan pulak tu dapat dirasakan.

Ya ALLAH tabahkanlah hati hamba-MU...
Semalam dengan tiba2 je Ana teringat kat arwah sahabat Ana.Rasa sayu jer....tapi bila baca surat yang arwah coretkan.rasa semangat tu ada la sikit untuk ke kelas. Dah la homesick tak habis2 lagi,demam la,tak de rummet la n mcn2. Tp Ana akan sentiasa mejadi seorg hamba ALLAH  yang sentiasa bersyukur,kerana musibah itu datangnya daripada ALLAH SWT untuk menguji kekuatan IMAN hambanya.

Semoga permulaan semester yang baru ini memberi satu keyakinan dan kekuatan yang baru dalam diri Ana.InsyaALLAH....

Semoga Ana juga diberi masa yang terluang dan kerajinan yang tinggi untuk berkongsi cerita2 yang Ana baca dan pelajari bersama sahabat sebagaimana sebelum ini.Syukran atas sokongan para sahabat.

Assalammualaikum...;)

p/s: Rindunya PTSL, sob3...sejak kembali ke ukm nih belum jejak lagi ke rumah keduaku.. :(

Tiada ulasan: