24 September 2011

Realiti Kehidupan

Assalammualaikum Sahabat Ana....

Ana harap sahabat Ana semua sihat hendaknya dan bahagia dalam cahaya keimanan.Hari ni baru Ana berpeluang untuk berkongsi cerita dengan sahabat Ana semua.InsyaALLAH...Ana cuba sedaya upaya melapangkan sedikit waktu untuk catatan diruangan ini.Cerita yang ingin Ana kongsi ini diharap dapat dijadikan pencetus minda dalam diri kita masing-masing.

Sahabat Ana,
Pekara yang ingin Ana kongsi dengan sahabat sekalian sebenarnya berlaku dalam diri Ana sendiri.Dalam kesibukan dengan tugasan kuliah yang semakin bertambah,pada masa yang sama,di tempat Ana belajar iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),ada diadakan suatu pesta konvo bersempena untuk meraikan bakal graduan yang akan menerima ijazah masing-masing.Ana merancang untuk pergi ke pesta konvo pada masa sahabat Ana melakukan demo untuk silat sebagai sokongan kepada mereka.Ia sudah beberapa hari Ana fikirkan untuk pergi pada tarikh tersebut iaitu hari ini (24/9).Namun keadaan badan yg kurang sihat kerana bermandikan cahaya yg panas terik kemarin membantutkan niat Ana.Terbit rasa terkilan dalam diri Ana untuk menyaksikan demo silat tersebut.

Apa yang dapat Ana katakan,sebaik-baik perancang adalah ALLAH S.W.T...walaupun selama mana kita merancang sesuatu pekara,ALLAH yang MAHA penentu segalanya. Rupa-rupanya ada asbab yang tersembunyi menyebabkan Ana tidak dapat pergi ke pesta konvo tersebut. Hari ini sahaja banyak pekara yang dapat Ana selesaikan seperti mencari bahan untuk tugasan dan membasuh baju yang dah semakin mengunung...hehe..

Namun sahabat,satu pekara yang benar-benar membuka mata Ana hari ini dan membuatkan Ana termenung seketika adalah apabila Ana ditakdirkan untuk berjumpa dengan seorang hamba ALLAH.Sebenarnya nilah yang Ana nak ceritakan pada sahabat pasal seorang hamba ALLAH yang Ana baru jumpa.

Semasa Ana sedang membasuh pakaian,seorang hamba ALLAH ni menegur Ana dan memperkenalkan dirinya sebagai Wani. Wani ni pelajar second intake.Bilik Wani tidak jauh dari bilik Ana rupanya. Beliau memang seorang yang mesra.Namun dalam senyuman beliau terselit satu kegugupan dan rasa gementar dalam diri.Apabila Ana mula bertanyakan tentang dirinya,dengan perasaan yang tenang,beliau menceritakan bahawa beliau adalah anak sulong daripada 3 baradik seingat Ana.Pada masa tu Ana masih mampu tersenyum.Namun apabila beliau memberitahu pada Ana,pada awalnya beliau tidak mahu masuk ke UKM kerana tidak rela meninggalkan ibu dirumah.Ana berasa pelik dan bertnyakan sebabnya. Wani memberitahu bahawa bapanya sudah tiada,dan tidak sanggup untuk meninggalkan ibunya dan adik yang masih kecil-kecil lagi.

Pada masa tu,dada Ana berasa sangat sebak dan hampir mengalirkan air mata.Tapi apakan daya Ana,melihat dirinya yang tenang bercerita,tidak sanggup Ana menghiris luka dihatinya dengan air mata yang sia-sia,Ana tahan jua sebak didada.Kata wani lagi,ibunya bekerja dikilang dan gaji pun tidak seberapa.Namun demi kasih pada ibunya,beliau tetap gagahkan dirinya untuk meneruskan pengajian menuntut ilmu dan meninggalkan ibu tercinta seorang diri membanting tulang bagi menyara keluarganya.

Sahabat Ana....Sebenarnya ini kali pertama Ana dapat bertemu dengan seorang hamba ALLAH yang mengalami nasib yang kurang baik.Acap kali Ana membaca sesuatu kisah hanya di novel,majalah dan cerpen.Apabila bertemu dengan hamba ALLAH tadi,minda Ana mula ditebak persoalan...betapa bertuahnya Ana masih mempunyai ma dan abah,betapa bertuahnya Ana menjadi anak bongsu prmpuan dalam keluarga,betapa beruntungnya Ana kerana mempunyai sistem kewangan yang agak kukuh setakat ini,betapa beruntungnya Ana mempunyai serba lengkap tanpa perlu risau apa-apa.

Tapi sahabat kita wani.......Bagaimana dengan beliau???
Dalam keadaan tanpa sesiapa ditempat yang agak jauh dari keluarga,beliau keseorangan.Risau memikirkan ibu dan adik-adik dirumah,risau memikirkan keadaan kewangan dan lain-lain.Sesungguh pekara yang terjadi pada hari ini menjadikan Ana hamba yang semakin bersyukur.Tekad dalam diri Ana,Ana akan membantu Wani seboleh yang mungkin,InsyaALLAH....semoga ALLAH menabahkan hatinya dalam melalui liku-liku hidup yang mendatang.Ana hanya hamba ALLAH yang kerdil.Sesungguhnya apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.

WASSALAM....

Tiada ulasan: