15 Februari 2011

Ada Apa Dengan Novel Interlok???


Assalammualaikum sahabat Ana....

Lama betul Ana tak update blog Ana nih. Kesempatan waktu mmg terbatas. So Ana kena curi la masa yg ada untuk msukkan dalam diari buku Ana nih.

Ada satu Novel yg menjadi kontroversi sejak akhir-akhir nih. Sebenarnya Ana dah dngar la skit psl novel nih...tp x berapa jelas la..hehehe..semuanya lebih jelas bila lecture Ana tnya psl Novel Interlok nih. Yelah nk tahu pelajar dia tahu x psl isu smasa nih...bla ditnya x siapa yg tahu..huhu..menyedihkan..Novel Interlok yg menjadi salah satu novel dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan 5.

Lecture Ana bgthu la serba sedikit psl Novel Interlok yg menjadi kontroversi nih. Lecture Ana ckp kandungannya menyentuh sensitiviti kaum,khususnya kaum Melayu dan India.Novel yang telah terpilih sebagai buku teks itu didakwa bahawa mempunyai unsur penghinaan terhadap orang Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan Paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India.

Lepas Ana balik kelas, Ana baca la paper BERITA HARIAN, tajuk dpn dia Serpihan Hindraf Buat Hal...nih psl bantahan Novel Interlok nih la..macam-macam ler..kan tak pasal2 timbul bnda lain plk..mmg cari psl betul lah. Kuasa terletak ditangan Menteri Pelajaran, nk pinda kandungan Novel tu or tarik balik penggunaannya.

p/s: Rasa tertarik plk nk baca,nk tahu apa kandungan yg lebih terperinci kt dlm novel tuh.


Ada Apa Dengan Novel Interlok???/

23 Januari 2011

Salam 2011


Assalammualaikum sahabat Ana sekalian??

Sudah agak lama Ana tak update blog Ana yg satu ni. Ana berterima kasih kepada para sahabat yg sudi melawat blog Ana. Sedar tak sedar dah masuk tahun 2011,he3..

Sekarang Ana baru berkesempatan menulis coretan dalam blog Ana ni. Macan mna la Ana blh terlupa ngan blog Ana yg satu ni. Ana bersyukur kehadarat Ilahi dengan pngunjung blog Ana yg sudi meluangkan masa. Ana terlebih dahulu ingin meminta maaf krn sudah lama tidak mberikan pngisian dlm blog ini. Ana sibuk dgn blog Ana yg satu lagi iaitu HIDUP INI SATU PERJUANGAN.

Sahabat Ana sekalian, Ana harap para sahabat terus mberikan sokongan kepada Ana dlm pgisian blog ini. Sebenarnya tugas Ana sbg seorg Mahasiswi mmg tidak dpt lari drp kesibukan.Tp Ana akan cuba yg tbaik dlm meluangkan masa mberikan pngisian berguna kpd blog ini..INSYAALLAH..

TERUSKAN SOKONGAN PARA SAHABAT TAW..

Wassalam..senyum ^______________^

1 Oktober 2010

Tiga pertanyaan dijawab dengan satu Tamparan.


Assalammualaikum....Cerita ni Ana baca kat facebook,jawapan dia bg Ana lah mmg btul2 mantapp.....

Seorang pemuda yg sangat pintar meneruskan pengajiannya ke luar negara. Setelah tamat pengajiannya, dia kembali ke tanah air. Setibanya di rumah, dia meminta orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yg boleh menjawab tiga pertanyaannya.

Setelah puas berusaha mencari, akhirnya orang tua pemuda itu berjaya mendapatkan orang tersebut, iaitu seorang kiyai, lalu dipertemukan dengan anaknya (pemuda itu).

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah anda yakin anda boleh menjawab pertanyaan2 saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan2 anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan sebelum ini saya pernah menanyakan soalan2 ini kepada Professor dan ramai lagi orang yg pintar, tetapi tetap juga mereka semuanya tidak mampu menjawab segala pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan: (1) Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya, (2) Apakah yg dinamakan takdir? (3) Kalau syaitan diciptakan drpd api, kenapa dimasukkan ke neraka yg juga dibuat drpd api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana mereka memiliki unsur yg sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Setelah mendengarkan kesemua pertanyaan pemuda itu, secara tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kerasnya.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda tampar saya? Anda marah dengan soalan2 yg saya kemukakan?

Kiyai : Jangan salah faham.. Saya langsung tidak marah... Sebaliknya tamparan saya itu merupakan jawapan saya untuk kesemua tiga pertanyaan yg anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya langsung tidak mengerti apa yg kamu maksudkan.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya itu?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada dan benar2 wujud?

Pemuda: Ya, pastinya saya percaya!

Kiyai : Kalau begitu, tunjukkan kepada saya kewujudan sakit itu!

Pemuda itu hanya terdiam kerana tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan kiyai. Dia percaya sakit itu wujud kerana dia dapat merasakannya, tetapi tidak mungkin dia dapat tunjukkan kepada kiyai kewujudan sakit itu.

Kiyai : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama kamu - Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat-Nya.

Si pemuda kini mengerti apa yg dimaksudkan, dan dalam diam dia mengakui kebenaran kata2 kiyai tersebut.

Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah anda pernah terfikir bahawa anda akan menerima tamparan drpd saya pada hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Justeru, itulah yg dinamakan takdir.

Sekali lagi si pemuda terdiam, mengakui kebenaran kata2 kiyai itu.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yg saya gunakan utk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda yg menerima tamparan saya tadi?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Begitu juga halnya dengan syaitan dan neraka. Walaupun syaitan dijadikan drpd api dan neraka juga terbuat drpd api, jika Tuhan menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yg menyakitkan untuk syaitan, biarpun mereka dari unsur yg sama.

Mendengarkan jawapan si kiyai, pemuda tadi langsung tidak tahu mahu menjawab dengan alasan apa lagi. Sesungguhnya mmg benar apa yg dikatakan oleh kiyai tersebut.