14 Disember 2011

Kata Cinta

Assalammualaikum sahabat.....apa khabar hati hari ni??

Sebenarnya Ana tak sampai hati nak tulis entri dalam beberapa hari ni, selagi entri Hilal Asyraf ni tak puas ditatap....jiwa kacau betul. Tapi bagi mengisi ruangan dalam teratak ni, terpaksa la Ana masukkan isi,he3..

Minggu ni dan hari ni memang jiwa kacau. Alhamdulillah...bila baca nukilan dan kata-kata yang di tulis oleh saudara Hilal Asyraf, senyum sampai ketelinga rasanya. Dulu buka facebook semata-mata nak tengok apa yang di post page Human Development, sekarang buka facebook semata-mata nak melawat wall Hilal Asyraf sambil baca apa yang ditulis dan menge"like". Hai...dah jadi macam fanatik sangat la pulak, ALLAH...

Bagi menebus rasa bersalah (kononnya lah) sebab entri Hilal Asyraf dah ke bawah, pada entri kali ni, Ana mahu sahabat baca something yang sememangnya menarik dan insyaALLAH bermanfaat kepada sahabat semua. Nukilan Hilal Asyraf yang bertajuk "Kata Cinta".



Perkongsian: Kata Cinta!


Asas cinta pada saya


Manusia memang suka dengan cinta. Cinta ini pada mereka indah. Saya fikir, kalau orang tanya saya apa yang paling manis dalam dunia, mungkin tak salah kalau saya jawab ia adalah cinta. Untuk orang yang tengah bercinta la kan. Yang putus cinta, sah-sah cinta adalah benda paling pahit dalam dunia untuk dia. ^^


Jadi, apakah asas cinta?

Pada saya, cinta ini asasnya sayang. Saya tak tahu kalau dalam dunia ini, ada yang cinta asasnya benci.


“Saya cintakan dia, sebab tu saya benci kat dia sangat-sangat.”

Atau...


“Saya benci dia. Sebab itu saya sayang dia sangat-sangat.”

Mustahil la kan? Dengar sahaja pun sudah pelik. Kalau benci perangai tak apa lagi. Ini benci orangnya terus. Kemudian katanya cinta. Memang mustahil.

Jadi, cinta mesti lah sayang. Sebab itu, kita hargai orang yang kita cinta. Kita sanggup korban segalanya. Malah ada satu kata-kata:


“Seseorang itu, sanggup berubah demi apa yang dicintainya, mengenepikan kepentingan dirinya.”


Waaaahhh... cinta memang menakjubkan. Ya, kalau sayang, semua benda yang kita kurang sayang, akan kita ketepikan kepentingannya, boleh kita korbankan, boleh kita buang tepi, asalkan benda yang kita sayang, selamat. Bukankah demikian?

^^


Cinta orang hari ini


Sebahagian orang, menyatakan cinta itu murah. Malah, ada yang nampak cinta itu busuk. Ada segelintir orang, dia nampak cinta ni keji. Zaman ini, ramai orang begitu.

Bila Relasi dan Terasing(novel saya kedua dan ketiga) keluar di pasaran, ada orang komen pada saya:


“Saya lagi suka VT, sebab dalam VT tak ada cinta. Alangkah baiknya kalau awak boleh tulis lagi cerita macam VT, tak ada cinta lelaki perempuan. Itu lebih baik.”

Itu satu contoh. Hinggakan, kalau ada cinta dalam novel, novel itu dianggap pop, picisan, murah dan tidak kualiti. Kenapa sampai begitu sekali orang memandang cinta?

Saya melihat, antara sebabnya adalah, hari ini cinta telah dimurahkan semurah-murahnya. Kenapa boleh jadi murah?


Kerana kebanyakan orang hari ini tidak tahu apa itu cinta, tidak reti untuk bercinta. Dia bercinta dengan cinta yang salah, dengan cara yang juga salah, dengan kefahaman yang juga salah, menyebabkan cinta yang dikibar-kibarkannya automatik menjadi murah, keji, kotor dan menjijikkan. Tidak pula membawa kepada kebaikan, bahkan keburukan. Bukan sahaja di dunia, tetapi di akhirat sana.


Cinta hari ini dikatakan apabila kita keluar couple, apabila kita berdating, apabila kita naik motor bonceng sama-sama, bila kita pegang tangan sama-sama kita, bila kita minum satu gelas satu straw, kita makan satu pinggan satu sudu satu garfu, kita sanggup gadai dara dan teruna kita, kita sanggup beri apa sahaja. Kebanyakan orang ingat, itu cinta.

Akhirnya, cinta dikeji sebagai satu perkara nista dan busuk.


Kata cinta, kata sayang...


Tiada orang kata begini:


“Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, saya nak lempar awak dalam api.”

Sepatutnya, orang kata begini:


“Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, kalau awak masuk dalam api pun, saya sanggup selamatkan awak.”


Maka, orang yang bercinta tidak mengikut jalan yang syara’ benarkan, tidak mengikut apa yang telah Allah tetapkan, tidakkah sama dengan melontarkan pasangannya ke neraka? Allah larang berzina, Allah larang pergaulan bebas, tetapi kita ingkar pada Allah SWT atas nama cinta dan sayang.


Benarkah sayang? Pada saya, kalau benar sayang, kenapa melontarkan pasangan anda ke neraka? Kata sayang?


Saya pelik. Saya hairan. Kalau betul sayang dan cinta, sepatutnya kita sama-sama selamatkan pasangan kita dari api neraka, dari kehancuran. Tetapi kenapa kita pautkan dia ke dalam neraka bersama-sama kita?


“Nanti taubat la...”

Nanti tu bila? Kalau tak sempat? Janganlah berlagak sangat. Kita tidak pernah tahu kita mati bila. Tengah-tengah bonceng motor seronok-seronok, eksiden, baru tahu. Orang yang tak buat apa-apa pun boleh mati, lagi la orang bergerak hari-hari.


Kalau cinta, selamatkanlah diri anda dan pasangan anda dari kemurkaan dan keingkaran Allah SWT. Saya tidak nampak itu cinta, kalau kita melontarkan diri kita dan pasangan kita ke neraka. Sama la kita campak dia dalam gaung lepas kita kata: “I Luv You sayang”. Tak ada beza.


“Ala, kami buat semua benda tu, kahwin juga.”

Iya? Jadi bagaimana selepas itu anda hendak cuci semua dosa-dosa itu agar tidak pula diikuti anak-anak anda? Rakan-rakan anda? Anda akan menjadi paksi, dalil, untuk orang melaksanakan kejahatan yang sama. Anda mungkin berjaya kahwin, tetapi entah berapa ramai lagi di luar sana yang berzina, yang lahir anak luar nikah, yang bunuh diri, semuanya kerana cinta yang tidak kena atas landasannya. Dan bagaimana anak-anak anda?


“Bapak dengan Mak pun dulu couple.” Ambil sebjik.

Anda mungkin selamat berkahwin. Anak-anak anda yang nantinya bercouple juga?

Nah. Apa kebaikannya?


Sebaiknya, kita ubah mula dengan diri kita. Mengapa tunggu lagi?

Kata sayang. Kata cinta!


Penutup: Bercinta, sayang, mesti la sampai syurga


Saya la kan, kalau saya dengan perempuan yang saya cinta, saya suka untuk nak masuk syurga dengan dia. Nanti kami duduk depan mahligai kami di Syurga, di bawah pohonan rendang, dikelilingi haruman syurga, kemudian kami mengenang-ngenang cinta kami.


“Susah abang nak dekati sayang dulu.” Sambil saya ketawa, menceritakan betapa saya sabar menahan diri saya untuknya.

“Saya pun jual mahal lebih kat abang dulu.” Dan dia pun bercerita betapa dia pun usaha menjaga dirinya.


Kemudian kami akan masuk cerita fasal anak-anak, macam mana susahnya di dunia tarbiyah anak-anak penuh cabaran, macam mana susahnya nak hidup kekal dalam redha Allah, dan kami akan cerita tu semua, dikelilingi anak-anak kami di sana. Bahagia. Perit jerih itu semua akan terbayar.


Saya nak begitu. Apa sayang kalau campak pasangan dalam kemurkaan Allah?


Cinta, sebetulnya, cinta sampai syurga.

Itu baru namanya cinta, itu baru namanya sayang.

Maka, apakah usaha kita untuk cinta itu kekal sampai syurga?

Apa usaha kita?


p/s: Sekarang cinta hanya pada ALLAH S.W.T dan buku =)


10 Disember 2011

Hilal Asyraf


Assalammualaikum sahabat (",)

Hilal Asyraf...siapa dia???

Memang mula-mula Ana tak kenal pun siapa beliau. Tapi bila Ana like page beliau Ana dapati beliau sememangnya seorang hamba ALLAH yang hebat.
Hensem tak?

Ana suka baca setiap kata-kata yang ditulis oleh beliau, kata-kata yang sangat telus lahir dari hati. Alangkah indah dapat bertemu dan bersahabat dengan beliau. Mungkin banyak kata-kata yang bernas yang akan lahir dari kotak pemikiran beliau saban hari. Alangkah beruntungnya teman-teman yang berada disisi beliau.

Dalam usia yang dikatakan agak muda dan mentah 22 tahun sekarang, sama dengan Ana. Beliau sudah menghasilkan beberapa karya yang sangat menarik seperti VT, Takdir, Sinergi dan Hero adalah antara cebisan karya beliau yang menarik. Beliau sememangnya penulis terkenal.

Hilal Asyraf...anda adalah menguat semangat Ana untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini dalam mengarang kata-kata dan insyaALLAH penulis =) .

Ana sangat berharap dapat berjumpa dengan penulis yang serba boleh ini atau bertemu dalam majlis ilmu yang dihadiri oleh beliau. Tapi adakah akan tertunai impian itu memandangkan beliau sekarang berada di Jordan menuntut ilmu.

"Hilal Asyraf sudikah anda menjadi Raja dihati saya"?

Ummmm...macam tu ke Ana nak cakap bila jumpa beliau?

Ha3..acah je, kalau sudi apa salahnya =P, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan tuan hamba.

p/s: dalam hidup kita, kadang-kadang peniup semangat sememangnya penting untuk meneruskan perjuangan, seperti mana idola Ana Hilal Asyraf.


7 Disember 2011

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia Bagi Tahun 2011


Assalammualaikum sahabat.. (",)

Hari ni Ana tertarik untuk menyenaraikan Top Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia bagi tahun 2011. Alhamdulillah, universiti kebanggaanku dan tempat Ana menimba ilmu sekarang berada di tangga top 3 he3...
Tapi apa2 pun tahniah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, tak kira la dimana or sehebat mana tempat kita menimba ilmu pengetahuan, matlamat kita semua adalah sama iaitu sama-sama ingin mengejar kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diterokai masing-masing.

Berikut adalah senarainya:

1.Universiti Sains Malaysia (Rank dunia: 629)

2.Universiti Teknologi Malaysia (Rank dunia: 694)

3.Universiti Kebangsaan Malaysia (Rank dunia: 731)

4.Universiti Putra Malaysia (Rank dunia: 771)

5.University of Malaya (Rank dunia: 788)

6.Universiti Malaysia Perlis

7.Multimedia University

8.Universiti Teknologi MARA (UiTM)

9.Universiti Malaysia Pahang

10.International Islamic University of Malaysia

11.Universiti Utara Malaysia

12.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

13.Universiti Tenaga Nasional

14.Universiti Malaysia Sabah

15.Open University Malaysia

16.University of Nottingham Malaysia

17.Universiti Teknologi Petronas

18.Universiti Sains Islam Malaysia

19.Universiti Pendidikan Sultan Idris

20.Taylor’s University College

21.Universiti Teknikal Malaysia Melaka

22.Universiti Tunku Abdul Rahman

23.Universiti Malaysia Terengganu

24.Universiti Malaysia Sarawak

25.Universiti Tun Abdul Razak

26.Monash University Malaysia

27.Universiti Industri Selangor

28.Wawasan Open University

29.UCSI University

30.Curtin University of Technology Sarawak Campus

31.Asia Pacific Institute of Information Technology

32.International Medical University

33.Help University College

34.Tunku Abdul Rahman College

35.Al Madinah International University

36.Universiti Kuala Lumpur

37.National Defence University of Malaysia

38.Segi College

39.Universiti Sultan Zainal Abidin

40.Universiti Malaysia Kelantan

41.Limkokwing University of Creative Technology

42.KDU College

43.Selangor International Islamic University College

44.Sunway University College

45.Malaysia Theological Seminary

46.Malaysia University of Science & Technology

47.Olympia College Malaysia

48.Swinburne University of Technology Sarawak Campus

49.Malaysian Institute of Management

50.University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine

51.INSANIAH University College

52.Taman Pertanian University

53.Kuala Lumpur Infrastructure University College

53.International Centre for Education in Islamic Finance

55.Majlis Peperiksaan Malaysia

56.Cyberjaya University College of Medical Sciences

57.Disted-Stamford College

58.Berjaya University College of Hospitality

59.Asia e University

60.KBU International College

61.New INTI College

62.TATI University College

63.Nilai International College

64.Asia Pacific University College of Technology & Innovation

65.AIMST University

Note: Senarai ranking itu dibuat berdasarkan Size, Visibility, Research papers and scholars.

*sumber dari melayukini.net

p/s: kepada sahabat semua, selamat berjaya dalam mengejar cita-cita didunia mahupun akhirat.

4 Disember 2011

Puasa HariI Asyura 10 Muharram.


Assalammualaikum sahabat Ana semua....

Bulan Muharam ni memang banyak nikmatnya jika sesorang itu bijak menggunakan peluang yang ada sebelum masa berlalu. Pada entri kali ni, Ana mahu mengajak sahabat semua beramai-ramai berpuasa Assyuara yang disunatkan berpuasa bagi Umat Islam iaitu pada hari Selasa, 6.12.2011 bersamaan 10 Muharam 1433 Hijarah. Entri ni sengaja dipost awal supaya sahabat bersedia lebih awal disamping menghebahkan kepada sahabat yang lain.

Dalil tentang berpuasa ini ialah :

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه .

(متفق عليه)

Maksudnya :

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa.


Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ، صوموا قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع

Maksudnya :

Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.

Niat puasa asyura-Nawaitu sauma'asyura lilahitaallah,
Ertinya-sahaja aku puasa hari asyura,sunnah kerana allah taalla

Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.

10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah :

Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
Puasa pada hari ke 10 sahaja.

Mudah-Mudahan kita diberi taufiq untuk mengamalkannya dan menyampaikannya kepada saudara-saudara Islam kita yang lain. InsyaAllah..

*maklumat daripada saudara Mohd Adha.

p/s: Ana takkan post apa2 selagi belum lepas 9,10,11 Muharram bagi mengelakkan sahabat terlepas melihat entri ni...@_@