14 Disember 2011

Kata Cinta

Assalammualaikum sahabat.....apa khabar hati hari ni??

Sebenarnya Ana tak sampai hati nak tulis entri dalam beberapa hari ni, selagi entri Hilal Asyraf ni tak puas ditatap....jiwa kacau betul. Tapi bagi mengisi ruangan dalam teratak ni, terpaksa la Ana masukkan isi,he3..

Minggu ni dan hari ni memang jiwa kacau. Alhamdulillah...bila baca nukilan dan kata-kata yang di tulis oleh saudara Hilal Asyraf, senyum sampai ketelinga rasanya. Dulu buka facebook semata-mata nak tengok apa yang di post page Human Development, sekarang buka facebook semata-mata nak melawat wall Hilal Asyraf sambil baca apa yang ditulis dan menge"like". Hai...dah jadi macam fanatik sangat la pulak, ALLAH...

Bagi menebus rasa bersalah (kononnya lah) sebab entri Hilal Asyraf dah ke bawah, pada entri kali ni, Ana mahu sahabat baca something yang sememangnya menarik dan insyaALLAH bermanfaat kepada sahabat semua. Nukilan Hilal Asyraf yang bertajuk "Kata Cinta".



Perkongsian: Kata Cinta!


Asas cinta pada saya


Manusia memang suka dengan cinta. Cinta ini pada mereka indah. Saya fikir, kalau orang tanya saya apa yang paling manis dalam dunia, mungkin tak salah kalau saya jawab ia adalah cinta. Untuk orang yang tengah bercinta la kan. Yang putus cinta, sah-sah cinta adalah benda paling pahit dalam dunia untuk dia. ^^


Jadi, apakah asas cinta?

Pada saya, cinta ini asasnya sayang. Saya tak tahu kalau dalam dunia ini, ada yang cinta asasnya benci.


“Saya cintakan dia, sebab tu saya benci kat dia sangat-sangat.”

Atau...


“Saya benci dia. Sebab itu saya sayang dia sangat-sangat.”

Mustahil la kan? Dengar sahaja pun sudah pelik. Kalau benci perangai tak apa lagi. Ini benci orangnya terus. Kemudian katanya cinta. Memang mustahil.

Jadi, cinta mesti lah sayang. Sebab itu, kita hargai orang yang kita cinta. Kita sanggup korban segalanya. Malah ada satu kata-kata:


“Seseorang itu, sanggup berubah demi apa yang dicintainya, mengenepikan kepentingan dirinya.”


Waaaahhh... cinta memang menakjubkan. Ya, kalau sayang, semua benda yang kita kurang sayang, akan kita ketepikan kepentingannya, boleh kita korbankan, boleh kita buang tepi, asalkan benda yang kita sayang, selamat. Bukankah demikian?

^^


Cinta orang hari ini


Sebahagian orang, menyatakan cinta itu murah. Malah, ada yang nampak cinta itu busuk. Ada segelintir orang, dia nampak cinta ni keji. Zaman ini, ramai orang begitu.

Bila Relasi dan Terasing(novel saya kedua dan ketiga) keluar di pasaran, ada orang komen pada saya:


“Saya lagi suka VT, sebab dalam VT tak ada cinta. Alangkah baiknya kalau awak boleh tulis lagi cerita macam VT, tak ada cinta lelaki perempuan. Itu lebih baik.”

Itu satu contoh. Hinggakan, kalau ada cinta dalam novel, novel itu dianggap pop, picisan, murah dan tidak kualiti. Kenapa sampai begitu sekali orang memandang cinta?

Saya melihat, antara sebabnya adalah, hari ini cinta telah dimurahkan semurah-murahnya. Kenapa boleh jadi murah?


Kerana kebanyakan orang hari ini tidak tahu apa itu cinta, tidak reti untuk bercinta. Dia bercinta dengan cinta yang salah, dengan cara yang juga salah, dengan kefahaman yang juga salah, menyebabkan cinta yang dikibar-kibarkannya automatik menjadi murah, keji, kotor dan menjijikkan. Tidak pula membawa kepada kebaikan, bahkan keburukan. Bukan sahaja di dunia, tetapi di akhirat sana.


Cinta hari ini dikatakan apabila kita keluar couple, apabila kita berdating, apabila kita naik motor bonceng sama-sama, bila kita pegang tangan sama-sama kita, bila kita minum satu gelas satu straw, kita makan satu pinggan satu sudu satu garfu, kita sanggup gadai dara dan teruna kita, kita sanggup beri apa sahaja. Kebanyakan orang ingat, itu cinta.

Akhirnya, cinta dikeji sebagai satu perkara nista dan busuk.


Kata cinta, kata sayang...


Tiada orang kata begini:


“Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, saya nak lempar awak dalam api.”

Sepatutnya, orang kata begini:


“Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, kalau awak masuk dalam api pun, saya sanggup selamatkan awak.”


Maka, orang yang bercinta tidak mengikut jalan yang syara’ benarkan, tidak mengikut apa yang telah Allah tetapkan, tidakkah sama dengan melontarkan pasangannya ke neraka? Allah larang berzina, Allah larang pergaulan bebas, tetapi kita ingkar pada Allah SWT atas nama cinta dan sayang.


Benarkah sayang? Pada saya, kalau benar sayang, kenapa melontarkan pasangan anda ke neraka? Kata sayang?


Saya pelik. Saya hairan. Kalau betul sayang dan cinta, sepatutnya kita sama-sama selamatkan pasangan kita dari api neraka, dari kehancuran. Tetapi kenapa kita pautkan dia ke dalam neraka bersama-sama kita?


“Nanti taubat la...”

Nanti tu bila? Kalau tak sempat? Janganlah berlagak sangat. Kita tidak pernah tahu kita mati bila. Tengah-tengah bonceng motor seronok-seronok, eksiden, baru tahu. Orang yang tak buat apa-apa pun boleh mati, lagi la orang bergerak hari-hari.


Kalau cinta, selamatkanlah diri anda dan pasangan anda dari kemurkaan dan keingkaran Allah SWT. Saya tidak nampak itu cinta, kalau kita melontarkan diri kita dan pasangan kita ke neraka. Sama la kita campak dia dalam gaung lepas kita kata: “I Luv You sayang”. Tak ada beza.


“Ala, kami buat semua benda tu, kahwin juga.”

Iya? Jadi bagaimana selepas itu anda hendak cuci semua dosa-dosa itu agar tidak pula diikuti anak-anak anda? Rakan-rakan anda? Anda akan menjadi paksi, dalil, untuk orang melaksanakan kejahatan yang sama. Anda mungkin berjaya kahwin, tetapi entah berapa ramai lagi di luar sana yang berzina, yang lahir anak luar nikah, yang bunuh diri, semuanya kerana cinta yang tidak kena atas landasannya. Dan bagaimana anak-anak anda?


“Bapak dengan Mak pun dulu couple.” Ambil sebjik.

Anda mungkin selamat berkahwin. Anak-anak anda yang nantinya bercouple juga?

Nah. Apa kebaikannya?


Sebaiknya, kita ubah mula dengan diri kita. Mengapa tunggu lagi?

Kata sayang. Kata cinta!


Penutup: Bercinta, sayang, mesti la sampai syurga


Saya la kan, kalau saya dengan perempuan yang saya cinta, saya suka untuk nak masuk syurga dengan dia. Nanti kami duduk depan mahligai kami di Syurga, di bawah pohonan rendang, dikelilingi haruman syurga, kemudian kami mengenang-ngenang cinta kami.


“Susah abang nak dekati sayang dulu.” Sambil saya ketawa, menceritakan betapa saya sabar menahan diri saya untuknya.

“Saya pun jual mahal lebih kat abang dulu.” Dan dia pun bercerita betapa dia pun usaha menjaga dirinya.


Kemudian kami akan masuk cerita fasal anak-anak, macam mana susahnya di dunia tarbiyah anak-anak penuh cabaran, macam mana susahnya nak hidup kekal dalam redha Allah, dan kami akan cerita tu semua, dikelilingi anak-anak kami di sana. Bahagia. Perit jerih itu semua akan terbayar.


Saya nak begitu. Apa sayang kalau campak pasangan dalam kemurkaan Allah?


Cinta, sebetulnya, cinta sampai syurga.

Itu baru namanya cinta, itu baru namanya sayang.

Maka, apakah usaha kita untuk cinta itu kekal sampai syurga?

Apa usaha kita?


p/s: Sekarang cinta hanya pada ALLAH S.W.T dan buku =)


Tiada ulasan: