11 Mac 2012

Ustazah Fatimah Syarha Idolaku~~~

Assalammualaikum sahabat...

Ustazah Fatimah Syarha,
Nama mu seindah peribadimu,
Tutur kata mu bisa memalingkan kelekaan seseorang,
Tatapan mata mu yang jernih dan wajahmu yang bersih,
Bisa menyejukkan hati2 yang menatapnya.


Alhamdulillah sahabat,
Bertempat di kolej keris mas ukm,bangi..
Untuk hari ini Ana sempat berjumpa dengan idola Ana,
Ibarat bulan jatuh ke riba, Ustazah Fatimah Syarha datang ke kolej penginapan Ana atas satu jemputan sebagai panelis pada hari ini bersama Iman Muda Najdi.

Walaupun sekejap peluang bersua muka dengan idola Ana, namun Ana sangat puas dengan pengisian yang telah diberikan oleh beliau dalam ceramah yang disampaikan. ALHAMDULILLAH...

Bersama moderator Noraini Jumahir yang agak lucu kadang-kadang, lebih2 lagi dijadikan mangsa gurauan idola Ana. Tidak lupa juga penerangan yang diberikan oleh Iman Muda Najdi melalui pandangan yang telah diberikan oleh beliau. Sebenarnya sudah beberapa kali Ustazah Fatimah Syarha datang ke UKM untuk perkongsian ilmu beliau, namun kekangan masa dan halangan yang tidak dapat dielakkan menjadikan ia seribu alasan bagi Ana berjumpa dan mendengar coretan yang akan disampaikan oleh beliau.

Namun pada hari ini alhamdulillah Ana sempat berjumpa dan bermesra dengan beliau. Ana kagum denga sikap mesra beliau dengan remaja yang ingin bergambar dengan beliau dan sikap sabar serta murah dengan senyuman. SUBHANALLAH...bersesuaian sangat dengan tajuk yang dibincangkan pada hari ini iaitu WE ARE BEAUTIFUL..
Berikut adalah gambar yang sempat Ana snap semasa sesi majlis ilmu yang dijalankan tadi..







Wassalam...

p/s: belum berkesempatan menbaca buku hasil nukilan Ustazah Fatimah Syarha: Sebarkan Cinta-Mu~~



8 Mac 2012

Ya ALLAH,Lindungi Aku Dari Putus Asa...


Assalammualaikum sahabat Ana...

Lama benar Ana tidak mencoretkan kata-kata dalam teratak ini. Alhamdulillah..pada hari ini, dengan izin daripada ALLAH s.w.t dapat juga Ana memasukkan entri yang terbaru.

Ya ALLAH, lindungi aku dari putus asa....

ALLAH...banyak betul dugaan yang datang dariMU, namun hanya kata-kata syukur yang mampu ku titipkan. Hanya satu perkataan yang dapat ku ucapkan, iaitu ALHAMDULILLAH...

Semoga ALLAH permudahkan urusan Ana dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan sebelum diiktiraf dengan segulung ijazah.

Sahabat Ana,

Syukran atas lawatan yang tidak putus ke blog Ana dan kata-kata semangat yang diberikan. Terima kasih di atas kesabaran dan sokongan sahabat yang selalu bertanyakan entri yang terbaru bagi teratak Ana ini. Namun Ana mohon maaf kerana tidak berkesempatan memasukkan entri yang terbaru kerana kesibukan yang melanda diri ini.



Kadang-kadang Ana berasa putus asa untuk meneruskan perjuangan yang diamanahkan oleh ibunda dan ayahanda Ana. Namun berkat doa dan sokongan yang tidak putus daripada mereka lah Ana bangkit untuk meneruskan perjuangan.

Kata abang Ana, tiada satu benda pun yang senang didunia ini melainkan dengan usaha yang kuat. Keputusan terletak ditangan kita untuk mencorakkan jalan yang akan kita hadapi pada masa hadapan. Semoga sahabat Ana yang sama-sama menempuh ujian yang sama dengan Ana gigih berusaha dengan jayanya. INSYAALLAH...

Sahabatku...
Semoga ALLAH s.w.t melindungi kita semua dari putus asa dengan dipermudahkan segala urusan yang akan kita tempuhi. Jika ujian yang melanda, hentikanlah rungutanmu wahai sahabat..ucapkanlah kata-kata hikmah ini iaitu ALHAMDULILLAH dengan penuh kesyukuran kerana sesungguhnya orang yang diberi ujian adalah orang yang beruntung.

Wassalam...

p/s: rindu sangat dengan sahabat Ana, pink..

19 Januari 2012

Bertemu dan Berpisah Kerana ALLAH S.W.T

Assalammualaikum sahabat Ana..

Agak lama juga Ana tak update blog >_<

Hari ni dah nak bertolak balik kampung dah. Exam dah tamat, cuti sem selama satu bulan. Walaupun cuti 1 bulan, bila tengok jadual macam dah padat sangat dah. Ni gara-gara para sahabat yang lain la yang cuba aturkan macam- macam aktiviti. Lagipun masa cuti ni la nak cuba gigihkan diri siapkan tesis.


Ana tak sempat nak masukkan apa-apa entri dalam post kali ni. Apa yang Ana boleh cakap adalah ucapan selamat tinggal selama sebulan kepada sahabat. Bertemu dan berpisah kita kerana ALLAH S.W.T. Semoga masih ada nafas lagi untuk Ana pada masa akan datang untuk mencoretkan sesuatu sebagai tatapan sahabat di blog ini.

Akhir kata, sayonara sahabat Ana semua..
Jumpa lagi

WASSALAM...

1 Januari 2012

2012

Assalammualaikum sahabat....

Apa khabar Iman?
Apa khabar Hati?
Semoga kedua-duanya saling melengkapi untuk tahun 2012 ni.

Memetik kata-kata tokoh yang Ana hormati iaitu Prof .Dr Muhaya Mohammad:

Tahun 2012 tetap sama seperti 2011 selagi cara kita bberfikir seperti 2011. Tak perlu tunggu tahun baru untuk buat perubahan. Kita boleh ubah diri kita Bila bila masa dalam masa satu saat dengan membuat pilihan yang betul setiap saat. Orang yang inginkan kehidupan berbeza tetapi tabiat tetap sama seperti menunggu kucing bertanduk. Banyak orang tertipu yang mengharapkan dunia luar berubah untuk mengubah kehidupan hidup mereka tanpa menyedari diri mereka harus berubah untuk hidup mereka berubah. Jom ubah diri sendiri untuk mengubah kehidupan mulai 1 jan 2012.

Ana bersetuju sangat-sangat dengan kata-kata Prof. So azam Ana untuk tahun ini tetap sama dengan tahun-tahun yang lepas iaitu untuk menjadi Hamba ALLAH yang lebih baik dan lebih baik daripada sebelumnya. InsyaALLAH...

Tahun 2012, Ana sememangnya terkejut bila buka je muka buku Ana hari ni, dah keluar cerita pasal tragedi berdarah di UPSI. Sebenarnya sahabat, Ana sememangnya tidak layak untuk bercakap tentang pekara ini, tapi Ana tetap nak komen la sikit. Ana ada terbaca kat wall sahabat iaitu mahasiswa UPSI juga , beliau pernah berpesan begini:

AMARAN KEPADA PELAJAR UPSI MENYERTAI PERHIMPUNAN DI UPSI PADA 31 DISEMBER 2011- 1 HB JANUARI 2012.

Pihak Polis Diraja Malaysia telah memberi amaran akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan di sekitar UPSI dan dalam UPSI pada 31 Disember 2011 hingga ke tengah malam 1 Januari 2012.

Sehubungan itu, semua pelajar UPSI dinasihatkan tidak menyertai perhimpunan tersebut.

Sekian harap maklum.

---------------------------------

Bahagian Perundangan Pelajar,

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

So sahabat, disini kita tentukan sendiri salah siapa. Ana pun seorang mahasiswa, Ana sedar tugas yang diamanahkan oleh kedua-dua ibu bapa Ana untuk belajar dengan tekun supaya berjaya dalam kehidupan. Jadi amanat ini Ana pegang dengan erat agar tidak mengecewakan harapan mereka terhadap Ana. Alangkah sedihnya ibu bapa yang memberi harapan yang menggunung kepada anak mereka, tetapi dibalas dengan sesuatu yang tidak releven untuk diterima.

Kata sahabat Ana, "mahasiswa melayu ni taksub sangat dengan politik, bila mai sini tu belajar je lah, wat apa nak cari nahas terlibat ngan politik or demonstrasi, tengok mahasiswa cina n india ok je....membazirkan duit mak ngan ayah je, mesti diorang sedih bila tahu harapan yang mereka sandarkan terlibat dengan pekara macam ni."

Ana tak cakap, tu sahabat Ana yang cakap. Kadang-kadang Ana berasa sedikit emosi bila membaca catatan seperti ini:

"Ayuh bersama-sama Mahasiswa untuk memberi tekanan kepada KERAJAAN Malaysia untuk membebaskan Adam Adli bersama 16 lagi Mahasiswa yang kini ditahan di lokap Tanjung Malim secepat mungkin. "

Siapa yang cari nahas sebenarnya, dalam hal ini. Kami, mahasiswa yang tidak terlibat ingin diajak sama. Maaf Ana katakan, kami masih mempunyai harapan yang lebih besar iaitu harapan kedua-dua ibu bapa kami.

Ana sediakan sedikit lampiran kepada sahabat tentang gambaran yang terjadi semalam:

FRU dan mahasiswa UPSI

Solidariti Mahasiswa baring di hadapan UPSI

Mahasiswa yang cedera.

Pengerusi BEBAS Safwan Anang yg kritikal. Tulang rusuk beliau dilaporkan patah sewaktu dibelasah polis. Kini berada di Hospital Slim River.(doakan sahabat kita,semoga cepat sembuh)

Kebebasan mahasiswa??

Maaf sahabat, ini cuma sekadar pendapat diri Ana, jangan kutuk Ana..baca, fikir dan nilaikan apa yang baik. Pihak berkuasa (polis) sebenarnya tidak sepatutnya menggunakan kekerasan dalam hal ini, mahasiswa insan yang berpendidikan, mereka tahu berfikir dan mendengar kata-kata. Cukup la sekadar nasihat dan kata-kata, keganasan boleh dielakkan jika bijak mengendalikan situasi.

Semoga tahun 2012 ini memberi kemakmuran dan keamanan kepada negara kita. Hanya doa dan harapan sahaja dapat mengiringinya. Semoga jauhkan tragedi yang buruk dan merugikan negara.

Suka dengan program majlis yang dihadiri oleh Zizan dan Ustaz Azhar Idrus kat Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam sementara menunggu detik 12 malm.

Zizan

Ustaz main gitar semalam.


Wassalam.

p/s: Semoga hari yang dilalui lebih baik daripada biasa ('',)