30 Oktober 2011

Mencari-Cari Peluang....

Assalammualaikum sahabat Ana....


Terima kasih atas sokongan sahabat sekalian yang sudi menjenguk teratak Ana yang tak sebarapa ni, hari demi hari ada je yang sudi melawat dan follow......Alhamdulillah..syukron ye sahabat.

Dah seminggu lebih jugak la, laptop Ana buat hal...sekarang Alhamdulillah da ok baru bleh masukkan isi,hehe...


Semalam detik yang menyedihkan bagi rakyat Terengganu sebab tewas ditangan N.sembilan dalam merebut Piala Malaysia...huhu...tapi semua tu ada hikmahnya. Sebagai anak negeri Terengganu Ana sememangnya bangga sangat sebab pemain ganu memang berjuang habis-habisan semalam dan kalah pun secara bermaruah, 2-1 je...tak pe la tak de rezeki tahun ni kan.


Kemarin Ana ada mengikuti seminar/bengkel orang asli. Ana bersyukur sangat-sangat sebab dapat peluang macam nih...ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Bila Dr.Mus da bagi peluang macam nih,memang da takde langsung alasan bagi Ana nak tolak w/pun kerja bertimbu-timbu,hehehe...




Memang satu kerugian la bagi sesiapa yang tak nak rebut peluang depan mata ni. Kalau nak cari alasan memang berjuta, tapi bagi Ana pengalaman adalah sesuatu benda yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bila Ana fikir balik, rasanya bila lagi la ada peluang nak kenal orang asli ni kalau bukan kat Universiti, sebab bila da keluar memang tak de peluang langsung la.


Ana memang tertarik sangat-sangat dengan ucapan yang disampaikan oleh Dr.Fatimah Kari, iaitu pensyarah dari UM. Kata beliau, orang asli ni macam kita jugak orang melayu. Tapi bezanya bila ISLAM tidak sampai kepada mereka sebab mereka ni menyorok dalam hutan, jadi pendakwah tak dapat la nak sampaikan pada masa tu. Dah 600 tahun sampai tak disentuh oleh orang Islam. Kata Dr.Fatimah lagi, tujuan projek ni memang nak mengetahui sejauh mana keadaan orang asli sekarang, adakah lebih baik daripada dulu. Tapi dalam masa yang sama, misi kami ada motifnya juga iaitu untuk berdakwah.

Ana harap ALLAH permudahkan segala usaha kami pada masa akan datang. Hai macam mana la nanti dugaan Ana mendatang nih, sebab bila dengar Dr. Fatimah citer kemarin beliau pernah kena gigit dek anjing, rasa seram jugak bila tengok gambar-gambar kemarin. Tapi INSYAALLAH, niat yang baik ALLAH akan permudahkan. AMIN ya Robbal Alamin...




p/s: apa yang penting semangat yang kuat mesti ada dalam diri =)

2 ulasan:

KOLEKSI QALESYA NUR berkata...

As-salamualaikum.

Rasanya saya pun perlu mengumpul semangat yang hari ini seakan hilang.. Terima kasih entri ini.. jumpa sewaktu menggoogle keyword mutiara kata :)

Srikandi Buku berkata...

Waalaikumsalam....

Alhamdulillah,semoga ada hikmah disebaliknya yang dapat kita jadikan iktibar bersama,terima kasih ye Qalesya sudi melawat n komen blog Ana yang tak seberapa ni =)