12 Mac 2011

Teka-teki Iman Al-Ghazali

Assalammualaikum sahabat Ana...

Mmg agak lama kita tidak bersua. Kesibukan Ana yg tidak ada phujungnya dgn kuliah dan asgmnt mmg memeningkan...

Kesian ngan blog Ana nih...tp alhamdulillah ari ni Ana ada satu benda nak kongsi ngan para sahabat..Td Ana berkesempatan ke Library...sempat la baca satu buku yang btajuk DAKWAH...ada satu benda yang buat Ana tertarik dlm buku tu yg ingin Ana kongsi dgn para sahabat, iaitu Teka-teki daripada tokoh Islam yg terulung iaitu Iman Al-Ghazali. Teka-teki ini bermula apabila pada suatu hari Iman Al-Ghazali berkumpul dgn murid-muridnya dan kemudian beliau memberi pertanyaan teka-teki .

Antara teka-teki beliau adalah:

Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf : 179).

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[*] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.

[*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat.

Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



19 Februari 2011

Membaca Sahaja Tidak Cukup????


Assalammualaikum sahabat Ana...Hrp sume sihat ea..:)

Knapa ea tajuk Membaca Sahaja Tidak Cukup???

Hari ni sebenarnya Ana ngan kwn Ana ct zulaiha wakil blok utk perlawanan badminton ketegori beregu...keputusannya Ana kalah lawan badminton td...yg lawan plk blok yg sama ngan Ana..

Tp apa2 pun alhamdulillah, lawan yg blok sama ngan Ana dpt g final..esok la akhir..Ana ttp happy ngan keputusan tu.

Hari ni Ana belajar satu pengalaman dan suatu pngajaran dlm hidup Ana. Sebenarnya bnyak faktor yg myumbang kpd kekalahan kami. First yg Ana nk tekankan kt sini adalah Membaca shja tidak mecukupi. Untuk berjaya bukan satu usaha jer kita perlu lakukan..Ana akui kekalahan hari ni bnyak berpunca dr ksilapan diri Ana. Tidak perlu menuding jari kpd sesiapa dan mberi alasan berlapis2..cuma yg perlu kita lakukan adalah berajar drp pengalaman.

Untuk berjaya dalam exam kita tidak semestinya hanya membaca buku siang dan malam untuk berjaya, jika kita hanya membaca dan tidak memahaminya kita tidak akan selamannya faham apa yg cuba diterangkan dlm buku tersebut.Satu point yg pnting adalah LATIHAN!!!

Ya, faktor kekalahan Ana td adalah tidak membuat latihan yg mcukupi utk mhadapi perlawanan. Bukan itu sahaja,Ana takut untuk memcuba...mencuba utk mendptkan bulu tangkis,takut utk jd lebih agresif...membaca adalah utk tahu kdg2 bukan utk faham..begitu jg dlm perlawanan td,Ana mcn terlalu bergantung kpd bulu tangkis dtg kpd Ana tp bkan berebut untuk mndpatkannya...

Perlawanan badminton td sememangnya memberi bnyak pngajran kpd Ana..dan satu sifat kagum terselit dlm hati krn dpt wakil blok walaupun kalah..hehehe..tp pngalaman yg berharga td mmg tidak dpt dibeli dgn wang ringgit...tp yg paling kagum, Ana mdpat beregu a.k.a bestfrenz yg mpy semangat juang yg tinggi dlm perlawanan td iaitu ct zulaiha. Yelah Ana mcn kayu jer td..rsa bsalah tu mmg ada, dah la kalah td..tp kita tidak seharusnya menyalahkan takdir,setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya..Amin Ya Robbal Alamin...

p/s: Nk main single la plk..hihi..

15 Februari 2011

Ada Apa Dengan Novel Interlok???


Assalammualaikum sahabat Ana....

Lama betul Ana tak update blog Ana nih. Kesempatan waktu mmg terbatas. So Ana kena curi la masa yg ada untuk msukkan dalam diari buku Ana nih.

Ada satu Novel yg menjadi kontroversi sejak akhir-akhir nih. Sebenarnya Ana dah dngar la skit psl novel nih...tp x berapa jelas la..hehehe..semuanya lebih jelas bila lecture Ana tnya psl Novel Interlok nih. Yelah nk tahu pelajar dia tahu x psl isu smasa nih...bla ditnya x siapa yg tahu..huhu..menyedihkan..Novel Interlok yg menjadi salah satu novel dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan 5.

Lecture Ana bgthu la serba sedikit psl Novel Interlok yg menjadi kontroversi nih. Lecture Ana ckp kandungannya menyentuh sensitiviti kaum,khususnya kaum Melayu dan India.Novel yang telah terpilih sebagai buku teks itu didakwa bahawa mempunyai unsur penghinaan terhadap orang Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan Paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India.

Lepas Ana balik kelas, Ana baca la paper BERITA HARIAN, tajuk dpn dia Serpihan Hindraf Buat Hal...nih psl bantahan Novel Interlok nih la..macam-macam ler..kan tak pasal2 timbul bnda lain plk..mmg cari psl betul lah. Kuasa terletak ditangan Menteri Pelajaran, nk pinda kandungan Novel tu or tarik balik penggunaannya.

p/s: Rasa tertarik plk nk baca,nk tahu apa kandungan yg lebih terperinci kt dlm novel tuh.


Ada Apa Dengan Novel Interlok???/