19 Disember 2011

Kesibukan Melampau

Assalammualaikum sahabatku...

Urrm...urmmm...dan urmmm...dah berapa hari jugak la tak update blog ni.Kesibukan mengalhkan pak menteri pulak nampaknya..kus3.Study week dah nak dekat, assingment yang belum siap...arrghh..jiwa kacau lagi, tak habis-habis kot.

Bila dah busy ni kadang-kadang hubungan dengan sahabat yang rapat dengan kita pun boleh renggang (tapi jangan sesekali renggang dengan ALLAH S.W.T). Kadang-kadang bila Ana fikir balik kan,Ana ni memang manusia yang benar-benar beruntung sebab dikurniakan sahabat yang sangat memahami.

Minggu ni banyak sangat benda yang difikirkan, ada sekali tu Ana fikir "adakah aku akan hidup lagi esok"...yelah kan, kadang-kadang kesakitan yang datang tu ujian daripada ALLAH s.w.t dan ada hikmah yang tersembunyi. Hikmah yang tak dapat dilihat adalah mengingati mati, iaitu sesuatu pekara yang pasti bagi semua makhluk di muka bumi ni.Sempat juga la malam tu Ana termimpikan arwah abang Ana, Ustaz kamil (seorang yang sangat rapat dengan Ana). Bila teringat balik banyak sangat persamaan antara kami, dari segi bulan kelahiran, tingkahlaku dan percakapan.

Bila dah sakit sikit-sikit mula la nak bermanja ngan ma. Bila dah sekali telefon, berkali-kali la jadi nyer pulak, ni malas nak call nih,hahaha. Macam biasa la yang dipesannya,"dah makan belum, sape ada kat bilik,bila nak balik, kak bila makan kena pantang,(sekarang ni semua benda Ana bedal je)",he3..i lap u ma. Bila Ana citer pasal arwah abg teh yang acap kali jugak datang dalam mimpi (bukan Ana je yang mimpi, kak ngah Ana pun sama), rasa sayu pulak ma Ana,sebab dia tak pernah bermimpikan arwah. Mungkin pertemuan yang hakiki nanti antara dua insan yang Ana sayang akan wujud di akhirat jika mimpi bukan peraantaraannya.


Adek manis ni bestfrenz yang sangat2 manja dalam family

Rindu family.....T__T
Study week nanti ramai sahabat yang balik kampung masing-masing, jeles pulak. Ana rindu sangat kat budak comel nih hah. Masa cakap kat tel. ngan ma Ana, sibuk je dia ni nak menyampuk bila ma Ana tanya bila nak balik. Siap cakap "kak jangan balik la, duk sane sampai bila2", apa lagi kena marah dek ma Ana, haha..padam muka adik.Lepas suruh kite jangan balik tuh, sempat lagi pesan mainan segunung pulak tuh....banyak cantik muka awak (memang die comel pon,hehe) edess pokai la duit Ana...kelakar betul adikku sorang nih.Nampaknya masa study week nanti,Ana akan bertapa di Library untuk menyiapkan kerja dengan gigihnya (boleh caye ke nih??).

Apa lagi ye, bila ada masa la nak merapu macam-macam kat teratak buruk nih. Kepada sahabat yang sudi membaca entry jiwa kacau seminggu ni, minta maaf le..takde yang menarik (jangan sahabat t'jangkit ngan jiwa kacau pulak sudah lerr). InsyaALLAH...bila ada something yang menarik Ana akan share..hehe

WASSALAM..

p/s: Senyum ^___________________^

Tiada ulasan: